Berita Harian

Penyebaran manuskrip bukti ketinggian ilmuwan alam Melayu

-

“Perhamba mulalah salin naskhah asalnya daripada yang mulia Syeikh Faqih ‘Ali dan jikalau ada kebajikan perhamba kembalikan kepada Syeikh Faqih ‘Ali kerana dialah yang membuka mata perhamba segala-gala hikayat dan tarikh-tarikh lama.”

Begitulah kata-kata Sheikh

Daud al-fatani yang dinukilkan dari sanad dan nasab kekeluarga­an yang alim dan tersohor di Hijaz yang boleh dikatakan susurgalur emas (silsilah al-zahab), iaitu Sheikh Ahmad terima daripada ayahnya, iaitu Sheikh Muhammad Zain dan Sheikh Abdul Qadir Sheikh Abdul Rahman daripada Sheikh Daud ‘Abdullah alfatani.

Sementara itu, Sheikh Ahmad al-fatani menegaskan: “Dan adapun ahli Tanah Melayu kita maka tiadalah memperduli mereka itu dengan sha’an tawarikh (perkara sejarah) hingga jahillah mereka itu akan ehwal segala masa yang lalu atas negeri mereka itu daripada masa yang hampir.

“Maka tilik olehmu hai yang mempunyai basirah (pengamatan) dengan ‘ain al-afkar (hakikat pemikiran). Betapa tinggi himmah dan besar pisah bangsa orang supaya dapat bagimu hidayah al-i‘tibar (petunjuk pengajaran). Maka menjalani engkau akan jalan manfaat dan hushul dawam al-iftikhar (keberhasil­an yang sentiasa cemerlang kemegahan) dan membuka engkau bagi dirimu dan bagi segala anak jenismu akan mata istibshar (pemerhatia­n),” tulisnya.

Petikan yang penuh dengan falsafah sejarah yang diterapkan oleh anak Melayu di Hijaz di atas, sebenarnya menjadi inspirasi penulisan artikel ini.

Sesuai tuntutan ini, Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun mengkaji antara lainnya, bentuk kecenderun­gan orang Melayu di Tanah Melayu dalam konteks akidah, fiqh, tasawuf dan sains Islam yang membentuk daya dan medan fikir orang Melayu-islam.

Pengaruhi ulama Melayu

Dalam artikel ini, penulis akan menyorot beberapa karya penting yang mempengaru­hi ulama Melayu dan mengisyara­tkan ketinggian pemikiran mereka.

Pertama, kita diperkenal­kan Tan Sri Prof Dr Muhammad Syed Naquib al-attas dengan al-‘aqaid

al-nasafi yang bertarikh 998 Hijrah (H), manakala manuskrip kedua tertua di alam Melayu, karyanya termuat dalam buku penulis berjudul Pegangan Sejati Ahli

Sunnah Wal Jamaah, iaitu bertarikh 1032H karya Ahmad al-qadahi.

Kitab ini menjadi asas dan akidah pemikiran orang Melayu bertulisan jawi. Pada peringkat pendalaman keilmuan, ulama Melayu di Terengganu mengkaji Hashiyah ‘Abd al-salam ‘ala Sharh Jauharah

al-tauhid bertarikh 1117H karya Sheikh ‘Abd al-salam. Kemudian, al-durr al-thamin, Aqidah al-najin, Tabshirah al-adani

(gabungan Asyairah dan Maturidiya­h) serta diiringi Risalah Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf yang menguji bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila membahaska­n isu ‘mustahil itu qadim atau baharu’ yang menepati perbincang­an ilmu kalam tahap tinggi.

Sementara itu, pengamalan perundanga­n hukum di Tanah Melayu juga banyak dikaji sama ada dalam Batu Bersurat Terengganu atau kanun yang lain. Khasnya, di Pahang, intelektua­l fiqh teguh dalam al-sirat al-mustaqim karya al-raniri.

Dalam konteks perbincang­an hukum-hakam pula, manuskrip yang perlu diperkenal­kan ialah Naql (Petikan) yang dihasilkan Sheikh Abdul Malik Sheikh Abdullah (Tok Pauh) al-baghdadi atau Datuk Pulau Manis yang juga murid al-mujaddid Sheikh Ibrahim al-kurani.

Datuk Pulau Manis memetik Dhau’ al-sham‘ah karya Imam alsuyuti dan karya gurunya, selain menulis al-kifayah serta Kaifiyyah al-niyyah. Bagi generasi ulama selanjutny­a, kita tidak boleh mengabaika­n karya Sheikh Daud alfatani seperti Munyah al-musolli dan Furu‘ al-masail.

Guna bahasa tinggi

Selain itu, al-muharrar karya Imam al-rafi‘i turut dikaji ulama Melayu, iaitu karya fiqh menggunaka­n bahasa tinggi.

Bagi genre fiqh-tasawuf, karya manuskrip yang patut diperkenal­kan ialah al-mizan al-kubra oleh Sheikh ‘Abd al-wahhab al-sya’rani dan Kaifiyyah al-niyyah (Datuk Pulau Manis). Tidak hairanlah hukum-hakam Islam berjaya dimurnikan dengan tazkiyah al-nafs (penyucian rohani) bukan sematamata debat antara mazhab dan khilafiah.

Selain itu, ulama Tanah Melayu berupaya memahami laras bahasa tasawuf pada peringkat tinggi seperti yang ditemukan pada Tuhfah Mursalah karya al-burhanfuri.

Syarah martabat tujuh yang difahami golongan al-shattariyy­ah, diterjemah­kan ke bahasa Melayu daripada karya Sheikh Abdul Ghani al-nabulusi, iaitu ulama terulung Syam. Naskhah ini dalam proses penyunting­an dan perumian untuk tatapan penyelidik.

Kita juga diperkenal­kan Manhal al-safi oleh Sheikh Daud Abdullah al-fatani, manakala Kitab Penawar Bagi Hati (Sheikh Abdul Qadir al-mandili) menjadi asas pengajian di surau, masjid serta pondok. Meskipun beliau berasal dari Mandahilin­g, Indonesia, tetapi beliau dididik di Pondok Gajah Mati, Pendang.

Cadangan penyelidik­an aspek etnosains

Sebenarnya sains dan teknologi turut dikaji dalam kitab tulisan jawi. Persoalan pra dan pasca Paradigma Kopernigk dijelaskan dalam Muqaddimah al-hai’ah karya Haji Awan Din yang dididik Sheikh Muhammad Daud Sulaiman al-kalantani. Pihak Akademi Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun berjaya memperoleh naskhah ini dan bercadang melakukan penyelidik­an dalam aspek etnosains.

Manuskrip dalam ilmu hisab karya Ibn al-ha’im dikaji seawal abad ke-13h. Jika kita rajin menziarah masjid lama pasti kita temui jam matahari seperti terdapat di sebuah masjid di Melaka.

Pembanguna­n umat Islam bergantung kepada legasi ulama Melayu yang berupaya membaca karya Arab dan memiliki akal budi menerapkan­nya dalam tulisan jawi. Kecenderun­gan ini mungkin sampai pada tahap patut dijadikan asas pembinaan teori seperti Teori Takmilah Dr Shafie Abu Bakar yang ilhamnya daripada Hadiqah al-azhar wa al-rayyahin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia