Berita Harian

Tarikan adiwira di FESBUK 18

-

Shah Alam: Maskot adiwira kegemaran ramai seperti Ultraman, Spiderman dan Ironman antara tarikan utama pengunjung cilik di Festival Buku dan Kanak-kanak 2018 (FESBUK 18) yang berlangsun­g di pusat belibelah SACC, di sini, sehingga esok.

Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datin Paduka Noraida Mohd Yusof, berkata festival yang dianjurkan buat kali keempat itu, bertujuan memupuk semangat membaca dalam kalangan kanakkanak.

“Tema adiwira dipilih kerana watak itu sendiri dekat dengan kanak-kanak tetapi konsep adiwira diubah sedikit mengikut kesesuaian program.

Pupuk pemikiran kreatif, kritis

“Mereka menyukai adiwira dan apa yang dilakukan adiwira pasti menjadi ikutan. Konsep ini diambil untuk memupuk pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan kanak-kanak,” katanya pada Majlis Perasmian FESBUK 18.

Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani.

Noraida berkata, seramai 50,000 pengunjung disasarkan hadir bagi memeriahka­n program itu berdasarka­n rekod baik pada tahun lalu.

“Kita yakin dengan tema menarik dan pelbagai aktiviti yang sesuai seisi keluarga, FESBUK 18 mampu mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Noraida berkata, antara program dirangka sepanjang tiga hari festival, adalah pertanding­an mewarna, pertunjuka­n fesyen kanakkanak dan sepetang bersama adiwira.

 ?? [FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] ?? Noraida (empat dari kiri) pada Majlis Perasmian FESBUK 18 di pusat beli-belah SACC, Shah Alam.
[FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/BH] Noraida (empat dari kiri) pada Majlis Perasmian FESBUK 18 di pusat beli-belah SACC, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia