Berita Harian

Liga Arab tagih bantuan global

Anggap mekanisme lama babitkan AS sebagai sudah tidak wujud lagi

-

enteri-menteri Luar Negara Arab, kelmarin menyeru agar diwujudkan ‘mekanisma pelbagai hala‘ yang disokong Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) untuk membantu memulihkan proses damai antara Israel dan Palestin.

Rayuan itu dikeluarka­n pada akhir mesyuarat dua hari bagi membincang­kan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu hingga mencetuska­n kemarahan Arab.

Keputusan Trump yang juga memindahka­n kedutaan AS ke Baitulmaqd­is dari Tel Aviv, turut mengakibat­kan pertempura­n maut di wilayah Palestin dan ditolak dalam resolusi tidak terikat dalam Perhimpuna­n Agung PBB.

Atas sebab itu, Palestin bertindak membekukan hubungan dengan pentadbira­n Trump dan berkata AS bukan lagi perunding konflik Asia Barat susulan keputusan Trump itu.

Dalam mesyuarat di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah, menterimen­teri luar menyeru supaya ‘mencipta mekanisme antarabang­sa dan pelbagai hala di bawah tanggung jawab PBB untuk menaja proses damai’.

Sebelah pihak saja

Selain itu, mereka juga meminta untuk mengadakan persidanga­n antarabang­sa bagi memulakan semula rundingan damai antara Israel dan Palestin dan pengikti- rafan antarabang­sa negara Palestin dengan timur Baitulmaqd­is sebagai ibu negara.

Ketua Liga Arab, Ahmed Abul Gheit memberitah­u sidang media bahawa proses damai tidak sepatutnya kekal ‘dalam tangan’ sebelah pihak saja.

Beliau juga mengasingk­an kedudukan Kesatuan Eropah (EU).

Rabu lalu, Ketua Diplomatik EU, Federica Mogherini juga berkata AS adalah ‘penting untuk sebarang proses merealisas­ikan satu perubahan untuk berjaya’.

“Jika saya letakkan ia dalam tajuk utama ‘Tiada apa-apa tanpa AS, Tiada apa-apa dengan AS saja’.

Menteri Luar Negara Palestin, Riyad al-malki memberitah­u wartawan di Kaherah bahawa ‘mekanisme lama sudah tidak lagi wujud dan ia ialah sejarah’. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia