Berita Harian

Pemain City cuak aksi agresif

De Bruyne, Silva dedah mereka sering jadi mangsa kekasaran pasukan lawan

-

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva mendedahka­n kekecewaan mereka kerana sering menjadi sasaran permainan agresif lawan sejak kebelakang­an ini.

Pemain skuad The Citizens itu kini merawat kecederaan mereka menjelang kunjungan ke Burnley malam ini selepas berdepan permainan kasar pasukan lawan.

Pengurus City, Pep Guardiola dilaporkan berang terhadap kekasaran yang dilakukan pemain West Brom ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk terjahan Matt Phillips ke atas pemain gantian, Brahim Diaz.

De Bruyne yang juga pemain tengah Belgium turut menjadi mangsa pemain West Brom, James Mcclean sebelum menjaringk­an gol kedua City yang menyaksika­n mereka menang 3-0 di Stadium Etihad.

Pengadil perlu lindungi

Insiden berkenaan berlaku selepas mereka menewaskan Cardiff dalam aksi Piala FA yang menyaksika­n pemain tengah Jerman, Leroy Sane mengalami kecederaan ligamen buku lali selepas dikasari, menyebabka­nnya tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya enam minggu.

Perkara itu mendorong Guardiola meminta pengadil supaya bekerja keras melindungi pemainnya bagi menghalang kecederaan.

“Dalam bola sepak, secara umumnya pemain adalah artis. Satu perkara yang boleh pengadil lakukan adalah melindungi mereka,” kata Guardiola.

“Pengadil perlu melindungi, bukan saja pemain saya malah juga pemain lain.”

De Bruyne berkata percubaan untuk menghalang kelancaran permainan City dengan gerakan agresif mula memberi kesan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

“Ada kalanya ia amat mengecewak­an kami. Banyak pasukan cuba mengasari kami. Kami membuat kekasaran, kami dilayangka­n kad kuning. Ada kalanya saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.

“Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan, anda boleh menarik jersi, ia lebih berkesan daripada mengasari pemain.”

REUTERS

 ?? [ FOTO RETURES ] ?? Terjahan dilakukan Phillips ke atas Diaz ketika West Brom berkunjung ke Etihad pada perlawanan Liga Perdana Inggeris.
[ FOTO RETURES ] Terjahan dilakukan Phillips ke atas Diaz ketika West Brom berkunjung ke Etihad pada perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia