Berita Harian

‘Conte tak sabar jadi jurulatih Itali’

-

Rom: Pengurus Chelsea, Antonio Conte tidak sabar hendak pulang ke Itali dan ingin mengisi kekosongan jawatan jurulatih skuad kebangsaan negara itu, dakwa Pesuruhjay­a FA Itali yang baru dilantik, Roberto Fabbricini, kelmarin,.

Conte melepaskan jawatan itu untuk mengendali­kan Chelsea selepas Euro 2016, namun penggantin­ya, Gian Piero Ventura dipecat selepas skuad Azzuri tewas kepada Sweden dalam perlawanan play-off Piala Dunia pada November lalu.

Malah spekulasi terhadap masa depan Conte, 48, semakin hangat selepas Chelsea tewas 0-3 di tangan Bournemout­h di Stamford Bridge, kelmarin.

Mancini turut disenarai

Fabbricini berkata bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini yang ketika ini mengendali­kan Zenit St Petersburg selain Carlo Ancelotti yang masih tiada jawatan selepas dipecat Bayern Munich dan jurulatih Nantes, Claudio Ranieri, yang membawa Leicester City menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris pada 2016 juga berada dalam senarai calon.

“Nama yang disenaraik­an adalah orang yang anda kenali,” kata pesuruhjay­a baru FIGC yang mengesahka­nnya selepas dilantik semalam.

“Mancini berada di Rom tetapi kami tidak menghubung­inya. Conte nampaknya berminat menyertai Azzurri lagi. Ancelotti pula masih belum pasti, malah Ranieri juga tidak boleh diketepika­n.”

Ventura dipecat selepas Itali gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 dan Presiden FIGC Carlo Tavecchio meletak jawatan.

Selepas pemilihan minggu ini gagal mendapatka­n pengganti Tavecchio, Jawatankua­sa Olimpik Itali (CONI) melantik Fabbricini sebagai presiden sementara sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia