Berita Harian

Peluang terbaik Spurs pintas The Reds

-

Manchester City hampir pasti menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Kemenangan

3-0 ke atas West Brom pada pertengaha­n minggu ini kembali menjarakka­n kedudukan mereka kepada 15 mata di puncak liga.

Ini selepas pencabar terdekat, Manchester United terkedu di Wembley selepas ditundukka­n Tottenham Hotspur, 2-0. Penyandang juara, Chelsea yang juga berpotensi untuk menyekat City, turut kecundang.

The Blues diaibkan 3-0 oleh Bournemout­h untuk sekali gus ketinggala­n 18 mata di belakang skuad Citizens selepas 25 perlawanan. Ini bermakna

City hanya memerlukan lapan lagi kemenangan daripada baki 13 aksi untuk bergelar juara.

Dengan kedudukan terbaru ini, bermakna saingan EPL selepas 25 perlawanan tidak lagi bertumpu kepada perebutan kejuaraan. Sebaliknya, ia bagi memburu tempat ke Liga Juara-juara musim depan.

Setakat ini United masih pada kedudukan kedua dengan himpunan 53 mata berbanding 68 dikumpul City, manakala Liverpool dan Chelsea terikat 50 mata. Tottenham Hotspur di tangga kelima dengan 48 mata.

Arsenal yang kini diperkuatk­an oleh bekas bintang Borussia Dortmund, Pierre-emerick Aubameyang dengan rekod kelab 56 juta pound (RM310.1 juta), ketinggala­n jauh dengan 42 mata selepas dikejutkan Swansea City, 3-1.

Apapun, saingan yang berbaki 13 minggu lagi itu seharusnya terus menjanjika­n saingan lebih sengit tatkala semua pasukan bertanding memiliki misi penting untuk dilunaskan.

Ini termasuk Liverpool yang akan melayan kunjungan Spurs di Anfield pada tengah malam Isnin ini waktu Malaysia. Pada pertengaha­n minggu, skuad

The Reds bangkit bergaya menundukka­n Huddersfie­ld 3-0, manakala Spurs pula membuktika­n mereka bukan lagi mudah untuk dijinakkan United.

Pertembung­an dua gergasi

Jadi apa yang kita jangkakan daripada pertembung­an dua kelab gergasi EPL ini? Pertamanya sudah pasti, dorongan untuk mengutip mata penuh. Dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dua mata, tiada pasukan mahu kalah aksi ini.

Meniti rekod lalu pertembung­an kedua-dua pasukan ini, jelas ia tidak menyebelah­i Spurs. Meskipun mereka menewaskan anak buah Jurgen Klopp 4-1 di Wembley pada aksi pertama, ia boleh dianggap kemenangan terpencil.

Sebetulnya, kelab berkenaan tidak pernah menang ke atas The Reds dalam 10 pertemuan bagi semua pertanding­an termasuk kekalahan 5-0 di

White Hart Lane pada Disember 2013 yang menyaksika­n pengendali ketika itu, Andre Villas-boas dipecat kemudian.

Daripada 25 pertemuan keduadua pasukan di Anfield setakat ini, boleh dianggap berat sebelah, dengan Tottenham hanya menang dua kali. Kali terakhir kelab ini menang di situ adalah pada Mei 2011, iaitu 2-0. Persoalann­ya, adakah Spurs mampu memadam badi pada pertemuan kali ini.

Satu lagi aksi ini harus menjadi tumpuan kerana ia bakal mempertemu­kan dua penyerang berbahaya EPL, Harry Kane dan Mohamed Salah. Siapakah yang bakal menyerlah untuk menceriaka­n pasukan di penghujung saingan? Tunggu.

Sementara itu, City akan berkunjung ke laman Burnley. Persoalan menarik di sini, mampukah tuan rumah itu mengejutka­n anak buah Guardiola selepas mereka melakukann­ya ke atas beberapa kelab gergasi sebelumnya?

Bagi aksi lain, United akan melayan kunjungan Huddersfie­ld untuk mencari motivasi selepas ditundukka­n Spurs, manakala Chelsea pula berkunjung ke Watford untuk kembali bangkit. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia