Berita Harian

Faizal bantu THT rangkul kejuaraan

- Oleh Jugjet Singh

kebangsaan, Faizal Shaari memastikan THT merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini selepas membantu menerusi satu jaringan menewaskan KLHC, di Stadium Hoki Kuala Lumpur, petang semalam.

Kemenangan 21 itu membolehka­n pasukan berkenaan menduduki tangga teratas carta liga dengan himpunan 24 mata, mengatasi lawannya itu dengan kelebihan empat mata di tangga kedua.

KLHC sebelum itu tampil ke saingan terakhir liga itu sebagai pemenang Perisai Komuniti dan Piala Tan Sri Alagendra.

Dalam aksi semalam, THT hanya memerlukan keputusan seri untuk merangkul kejuaraan, namun jaringan Nabil Fiqri pada minit ke38 seolaholah memberi gambaran KLHC bakal memenangi trofi ketiga musim ini.

Kesilapan import

Faizal bagaimanap­un pantas memadam kelebihan itu pada minit ke50 selepas mengambil peluang daripada kesilapan dilakukan pemain import kelahiran Korea Selatan, Jang Jonghyun.

Tiga minit selepas itu, Faizal sekali lagi tampil dengan menewaskan dua pemain sebelum menghantar umpanan kepada pemain import Argentina, Lopez Barreiros yang kemudian mengatasi penjaga gol, Roslan Jamaluddin untuk menjadikan kedudukan 21.

“Saya tak ingin bercakap besar, tapi kami tak pernah tewas dalam semua perlawanan (tujuh menang dan seri sekali) dan sudah pasti tidak sanggup membiarkan piala ketiga ini terlepas kepada KLHC lagi.

“Selepas ini, saya akan bermain untuk memburu kejuaraan Piala TNB pula,” katanya.

Sementara itu, pengendali THT, Sarjit Singh melahirkan rasa gembira dengan kejayaan anak buahnya memenangi kejuaraan liga meskipun terlepas banyak peluang sepanjang saingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia