Berita Harian

Khongwatma­i, Bertasio kongsi pendahulu

Catat 68-65, Westwood ketinggala­n satu pukulan

- Oleh Farah Azharie

Pemain sensasi Thailand, Phachara Khongwatma­i dan pemain Itali, Nino Bertasio berkongsi kedudukan pendahulu dengan 11 bawah par 133 pada hari kedua golf Kejohanan Maybank di Saujana Golf and Country Club, semalam.

Khongwatma­i, 19, bersendiri­an mendahului dengan pusingan tanpa bogey dengan tujuh birdie dan menamatkan saingan dengan tujuh bawah par 65 tetapi keceriaan itu hanya bertahan sementara selepas pemain berusia 30 tahun, Bertasio menyamai catatannya 68-65 untuk penamat pusingan kedua.

“Saya gembira dengan catatan saya dan mendahului. Saya tidak pernah tampil pada Jelajah Eropah seperti ini. Saya pernah berkeduduk­an kedua tapi tidak mendahului seperti ini,” katanya yang juga beraksi di Malaysia pada Januari ketika membantu Pasukan Asia pada Piala Eurasia Cup dan mencari kemenangan pertama dalam Jelajah.

Bertasio juga melakukan penampilan kedua di Kejohanan Maybank dan mencari kemenangan pertama dalam jelajah, namun melepasi cut pada kejuaraan di Abu Dhabi dan Dubai untuk terikat masing-masing pada kedudukan ke-53 dan 45.

Satu pukulan di belakang ialah bekas pemain nombor satu dunia, Lee Westwood dengan catatan terendah baharu 10 bawah par 62 untuk dua hari keseluruha­n 134.

Selepas gagal melepasi dua cut pada Januari, Westwood kembali untuk membalas dendam dengan melakukan 11 birdie apabila memulakan saingan dengan sama par.

Pemain berusia 44 tahun itu bukan asing kepada Malaysia apabila menang Terbuka Kebangsaan pada 1997 (sebelum mendapat pengiktira­fan Jelajah Eropah) dan pada 2014 yang juga kemenangan terakhirny­a tetapi juara 23 kali Jelajah Eropah itu masih mencari gelaran pertama selepas kemarau empat tahun.

“Saya bermain okey pada tiga minggu awal tahun ini. Maksudnya saya terlepas dua cut pertama tetapi saya melaluinya. Tidak pasti sebabnya tetapi hari ini (semalam), saya hanya melakukann­ya dan bergembira,” kata Westwood.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN ] ?? Phachara Khongwatma­i
[ FOTO OSMAN ADNAN ] Phachara Khongwatma­i

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia