Berita Harian

FAS hargai kerajaan negeri

Rauf harap kesediaan berbincang dapat selesai isu segera

- Oleh Aziman Rosdi dan Muhammad Mustakim Ramli

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Rauf Ahmad berharap pihak kerajaan negeri dapat mengotakan janji kepada penyokong berhubung isu penggunaan Stadium Shah Alam.

Katanya, FAS menghargai kesediaan kerajaan negeri mengadakan perbincang­an bagi menjernihk­an semula keadaan, namun dalam masa berharap isu lama sebelum ini tidak lagi dibangkitk­an bagi mengelak masalah terus berlarutan.

“Kami hargai usaha penyokong yang mendesak kera jaan negeri untuk membenarka­n Selangor menggunaka­n semula Stadium Shah Alam dan juga menghargai kesediaan kerajaan negeri untuk berbincang dengan FAS.

Mahu yang terbaik

“Tapi sebenarnya pihak kerajaan negeri boleh saja benarkan Selangor menggunaka­n Stadium Shah Alam semula. Kami juga sudah buat permohonan. Rasanya tidak perlu diungkit cerita lama dan letakkan syarat itu, ini, kerana ini adalah kemahuan penyokong.

“Penyokong mahukan yang terbaik untuk pasukan Selangor dan mereka cukup matang menilai situasi ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Rauf yang juga Pengurus Selangor berkata, tumpuan mereka ketika ini adalah lebih kepada persediaan menghadapi Kuala Lumpur bagi aksi pertama Liga Super, esok.

Sementara itu, di

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, meminta kerajaan Selangor dan Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) menyelesai­kan isu penggunaan Stadium Shah Alam demi kebaikan bersama.

Katanya, sentimen politik perlu diketepika­n dan peluang perlu diberikan kepada pasukan Selangor untuk beraksi di Stadium Shah Alam bagi saingan Liga Super musim ini.

“Terpulang kepada kerajaan negeri kerana mereka tuan punya stadium berkenaan. Saya tidak tahu kenapa mereka tidak benarkan. Bagi saya ia tidak kena, hanya kerana masalah politik, peluang mereka dinafikan. Jadi selesaikan baikbaik,” katanya.

Kangar,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia