Berita Harian

Sathia tak puas hati aksi anak buah

-

Selayang: Pengendali FELDA United FC, B Sathianath­an tidak berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n pasukannya walaupun The Fighters menewaskan UKM FC 21 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, semalam.

Bagaimanap­un, bekas pengendali Harimau Malaya itu memahami faktor beraksi di sebelah petang memberi kesan terhadap persembaha­n barisan pemainnya.

“Secara keseluruha­n saya tidak berpuas hati (persem bahan pemain) kerana kami boleh beraksi lebih baik. Tahniah kepada UKM kerana beraksi dengan baik dan memberi tekanan kepada pasukan saya.

Cipta banyak peluang

“Apa yang saya marah, banyak peluang yang kami cipta tapi tidak dapat menjaringk­an gol. Tapi saya faham, bermain pada jam 4.45 petang memang sukar.

“Ini kali pertama kami beraksi sebelah petang selepas sekian lama, tapi kami bernasib baik kerana mendapat tiga mata, itu yang penting,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Pada aksi semalam, FELDA United di depan pada minit ke36 selepas Iain Ramsay tenang menyudahka­n hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor.

Wan Zack terus bertindak cemerlang apabila meledak gol kedua The Fighters pada minit ke67 hasil satu sepakan lencong menarik dari luar kotak penalti.

UKM terpaksa menunggu hingga ke masa kecederaan untuk merapatkan kedudukan menerusi Waheed Akanni Oseni, namun ia sudah terlambat untuk sekurangku­rangnya mendapatka­n satu mata.

Sementara itu, jurulatih UKM, Sulaiman Hussin menganggap kekalahan berdepan bekas pasukan Liga Super, FELDA United menjadi pengajaran berguna berguna buat pemainnya yang kali pertama beraksi dalam kancah Liga Perdana.

“Kami jadikan perlawanan hari ini sebagai pengajaran untuk kami tampil dengan aksi lebih baik selepas ini. Berdepan pasukan FELDA United yang lebih berpengala­man memang satu tugas yang sukar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia