Berita Harian

Jururawat rentung selepas kereta terhumban

-

Sandakan: Seorang jururawat rentung selepas kereta dinaiki terhumban sejauh kira-kira 100 meter dan terbakar sebelum merempuh sebuah rumah kosong di Batu 9, Jalan Labuk, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, Lydricca Koh, 28, dilaporkan tersepit dan rentung dalam kenderaan terbabit, manakala pemandu kereta jenis Mazda berkenaan, Karthigaiy­an Rajalingam, 30, yang juga pegawai perubatan, cedera di leher, kaki dan kepala.

Difahamkan, kedua-dua mangsa bertugas di Hospital Beluran.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Batu 10 menghala Batu 8, di sini.

“Apabila tiba di bulatan Batu 9, kenderaan mereka gagal dikawal lalu terlanggar bulatan dan terbabas kira-kira 100 meter ke hadapan.

“Kenderaan mangsa turut merempuh tiga tiang elektrik dan sebuah rumah tidak berpenghun­i.

Mangsa tersepit

“Sejurus kejadian, pemandu dapat dikeluarka­n oleh orang awam, namun penumpang tidak dapat diselamatk­an akibat tersepit di tempat duduk belakang manakala api sudah marak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Azhar berkata, penumpang wanita dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat, manakala pemandu kenderaan dikejarkan ke wad kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Zon Enam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Anddre Andrew, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.20 pagi sebelum menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan terbabas ke kiri jalan raya dan merempuh sebuah rumah kosong terbakar. Usaha mengawal kebakaran segera dijalankan dan api dikawal pada jam 5.04 pagi.

“Seorang wanita ditemui rentung dalam kenderaan terbabit manakala rumah kosong berkenaan musnah terbakar 90 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia