Berita Harian

Empat sekolah ditutup akibat dilanda banjir

255 murid diarahkan bercuti semalam

- Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Seramai 255 murid dari empat sekolah rendah di pedalaman negeri ini bercuti semalam akibat banjir.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei di Baram yang mempunyai 44 murid dan SK Tanjong di Limbang dengan 138 murid.

Turut ditutup, SK Klid/plajau di Dalat yang mempunyai 59 murid dan SK Penghulu Baya Mallang di Baram hanya ada 14 murid.

Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua terbabit terpaksa ditutup berikutan jalan dinaiki air.

Beliau berkata, SK Klid/plajau yang paling teruk terjejas apabila air naik sehingga hampir dua meter.

“Keadaan itu disebabkan limpahan air sungai selepas hujan lebat sejak dua hari lalu.

Paras air semakin naik

“Paras air juga dilaporkan semakin naik terutama di SK Tanjong, manakala di SK Klid/plajau sudah melepasi paras berbahaya,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pemantauan berterusan dijalankan dengan kerjasama pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah untuk memastikan keselamata­n murid dan guru di semua sekolah terbabit terjamin.

Sementara itu, hujan lebat juga berlaku di kawasan Kuching sejak kelmarin hingga semalam.

Berikutan itu, JPBN kini diletakkan dalam keadaan berjagajag­a dan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkina­n banjir.

 ?? [ FOTO IHSAN APM ] ?? Keadaan di SK Long Lenei, Baram yang ditutup akibat banjir sejak dua hari lalu.
[ FOTO IHSAN APM ] Keadaan di SK Long Lenei, Baram yang ditutup akibat banjir sejak dua hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia