Berita Harian

Sarawak mahu bas henti-henti enjin elektrik

Langkah serap harga tambang akibat turun naik harga diesel

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Kerajaan Sarawak menolak penggunaan bas henti-henti berkuasa enjin diesel yang ingin dibawa masuk oleh Kerajaan Pusat menerusi Skim Transforma­si Bas Henti-henti.

Sebaliknya, mereka mahu bas berkenaan ditukar kepada enjin berkuasa elektrik.

Keputusan penggunaan bas elektrik oleh kerajaan negeri dibuat bertujuan menyerap tekanan harga tambang berpunca daripada turun naik harga diesel setiap minggu terutama kepada rakyat kebanyakan yang sering menggunaka­n pengangkut­an terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata transforma­si bas hentihenti perlu dilaksanak­an berkonsepk­an cekap tenaga, selain sejajar teknologi moden dengan Sarawak mempunyai kapasiti membekalka­n tenaga elektrik pada tarif rendah.

“Sejumlah RM50 juta diperlukan bagi membawa masuk sekurang-kurangnya 50 bas elektrik ke negeri ini dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Penggunaan bas elektrik berkenaan memberi kesan signifikan dan nilai tambah kepada industri pelanconga­n Sarawak keseluruha­nnya.

Publisiti pelanconga­n

“Majoriti pelancong asing ke Sarawak mempunyai tahap kesedaran tinggi terhadap penjagaan alam sekitar, maka penggunaan bas elektrik menggunaka­n tenaga hijau akan menjadi publisiti berkesan untuk mempromosi­kan negeri ini sebagai destinasi melestarik­an penggunaan­nya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, semalam.

Dalam perjanjian ditandatan­gani November tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, mengumumka­n Skim Transforma­si Bas Henti-henti, bertujuan menggantik­an pengangkut­an awam yang sudah usang kepada bas baharu.

Sekurang-kurangnya 100 bas henti-henti baharu dijangka dibawa masuk ke Sarawak bermula tahun ini dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) bertanggun­gjawab menguruska­n kemasukan bas terbabit, manakala sebuah konsortium tempatan ditubuhkan untuk melaksanak­an pengoperas­ian.

Abang Johari berkata, hasrat kerajaan negeri mahu menggunaka­n bas elektrik sudah dinyatakan kepada Kerajaan Pusat tetapi kekangan peruntukan menyebabka­n jumlah bas baharu terbabit dikurangka­n.

 ??  ?? Abang Johari Abang Openg
Abang Johari Abang Openg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia