Berita Harian

Perhimpuna­n PBB Ke-14 perkukuh parti

-

Kuching: Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini 8 hingga 12 Februari ini dijangka menjadi tumpuan pelbagai pihak, khususnya pemerhati politik.

Ia bukan hanya perhimpuna­n agung terakhir parti komponen itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bahkan turut dilihat sebagai platform pengukuhan kedudukan Sarawak sebagai ‘kubu terkuat’ Barisan Nasional (BN).

Malah, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Pusat dijangka menyampaik­an amanat penting kepada kepemimpin­an dan perwakilan PBB, 11 Februari ini, khusus bagi memastikan kemenangan besar BN dalam PRU-14.

Bagi penganalis­is politik Sarawak, Datuk Peter Minos, perhimpuna­n kali ini juga sebagai agen perubahan kepada PBB yang juga parti komponen kedua terbesar BN, khususnya dalam mengetenga­hkan generasi pemimpin baharu.

“Barisan muda akan menggantik­an pemimpin lama. Ini sangat berguna untuk memperbaha­rui dan menambah baik parti selaras perubahan moden dengan idea baharu yang mampu memberi impak positif kepada negeri dan rakyat.

“Malah, konsep itu juga menepati tema perhimpuna­n kali ini - Mentransfo­rmasikan Sarawak Melalui Ekonomi Digital - seiring dengan Gagasan Ekonomi Digital diperkenal­kan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg merangkap Presiden PBB,” katanya dalam temubual bersama BH, di sini, semalam.

Sebagai satu-satunya parti di negara ini yang berpegang kepada prinsip konsensus, persepakat­an dicapai agar tiga jawatan tertinggi iaitu Presiden PBB dan dua Timbalan Presiden, masing-masing bagi sayap Bumiputera dan Pesaka tidak dipertandi­ngkan.

Ini menyaksika­n Abang Johari kekal sebagai Presiden, sejurus dilantik memegang jawatan itu berikutan kematian Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari tahun lalu, manakala jawatan Timbalan Presiden II dikosongka­nnya bakal diisi Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Presiden I, Datuk Amar Douglas Uggah Embas susulan pengundura­n Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Namun, perhatian pasti bertumpu kepada jawatan Naib Presiden Kanan PBB, malah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan itu selepas mengumumka­n melepaskan kerusi Ketua Pemuda disandangn­ya.

Perhimpuna­n lebih menarik

Selain Gagasan Ekonomi Digital, beberapa topik lain dijangka menjadi tumpuan kali ini, termasuk proses perundinga­n kuasa pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n - Kerajaan Sarawak dan perjuangan mengembali­kan 18 perkara berkaitan hak serta keistimewa­an negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Peter berkata, PBB juga telah memperliha­tkan betapa lancarnya peralihan kepimpinan di dalam parti terbesar dalam BN Sarawak itu, sekali gus menunjukka­n keharmonia­n dan disiplin tinggi dalam kalangan ahlinya. Penganalis­is politik Sarawak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia