Berita Harian

Berbaris panjang untuk bayar diskaun kompaun

Program pengampuna­n sempena ulang tahun ke-18 DBKK

- Oleh Olivia Miwil

Hari pengampuna­n kompaun letak kenderaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam, menyebabka­n barisan panjang sehingga satu kilometer (km) dengan lebih 10,000 orang hadir dalam tempoh kurang tiga jam.

Barisan panjang itu kelihatan di sekitar bangunan DBKK hingga ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, bermula seawal jam 6 pagi.

Ahmad Yaini, 37, dari Sepanggar yang datang kira-kira jam 7 pagi, menyangka dapat menyelesai­kan bayaran kompaun apabila kaunter pembayaran dibuka pada jam 8 pagi.

“Apabila saya tiba di sini, barisan sudah panjang dan giliran mendapat pengesahan ‘pengampuna­n’ akhirnya tercapai selepas berbaris selama dua jam.

Namun, ia baru separuh jalan kerana saya perlu berbaris lagi untuk membayar kompaun yang diberikan diskaun,” katanya yang memiliki 88 kompaun terkumpul sejak 2015.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu dapur, kerap dikompaun kerana meletakkan kereta dalam tempoh singkat di kawasan bandar.

Diskaun RM10

Sebelum diskaun, kompaunnya berjumlah RM3,140 dan dia tidak mampu membayarny­a secara sekali gus.

Program pengampuna­n itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-18 DBKK, semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, yang juga antara 20 pegawai kanan DBKK membantu dalam program itu, tidak menyangka kehadiran ramai pagi ini.

“Setiap kompaun dikurangka­n kepada RM10. Bagaimanap­un, mereka boleh membuat pembayaran sepanjang minggu ini selepas mendapat pengesahan pengampuna­n hari ini dan sebanyak 30 kaunter disediakan.

“Pada masa depan, saya nasihatkan orang ramai menyelesai­kan kompaun kerana DBKK akan mula mengambil tindakan undang-undang dan tiada jaminan untuk melaksanak­an semula program pengampuna­n,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Oui Fah.

 ?? [ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] ?? Suasana pada hari pengampuna­n kompaun letak kereta kawasan sekitar Kota Kinabalu di pekarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO MOHD ADAM ARININ / BH ] Suasana pada hari pengampuna­n kompaun letak kereta kawasan sekitar Kota Kinabalu di pekarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia