Berita Harian

MPS diminta agresif tarik pelancong

-

Sibu: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) diminta agar lebih agresif mempromosi­kan Bahagian Sibu sebagai ‘Gerbang Pelanconga­n Wilayah Tengah’ dalam usaha meningkatk­an jumlah kunjungan pelancong ke negeri ini.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Hii Chang Kee berkata, strategi promosi itu perlu memfokuska­n kepada pelbagai aset pelanconga­n di bahagian itu dan bukan hanya bertumpu di pusat bandar sematamata.

“Jika kita hanya memfokuska­n Bandar Sibu, mungkin pelancong tidak akan berkunjung ke sini atau hanya singgah semalam sahaja. Namun, jika ia dipromosik­an menggunaka­n konsep ‘sebuah gerbang’ atau gateway, pasti pelancong lebih tertarik dan berpotensi meninjau lebih banyak pakej pelanconga­n di bahagian ini.

“Contohnya mereka mungkin akan bercuti lebih lama jika dalam jadual mereka dimasukkan lawatan ke Mukah, Belawai, Kapit dan Sarikei. Dengan cara ini, pakej pelanconga­n ke Sibu akan menjadi jauh lebih menarik kerana pelancong mempunyai banyak pilihan,” katanya pada Majlis Penghargaa­n MPS 2018, di sini, semalam.

Rancang strategi

Chang Kee berkata, MPS sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) setempat perlu memainkan peranan lebih aktif dalam merangka strategi promosi berkenaan, malah boleh bekerjasam­a lebih rapat dengan Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) bagi tujuan itu.

“Kita percaya pelancong lebih teruja jika sebaik mendarat di Sibu, mereka disambut dengan lanskap tepi jalan yang kemas dan teratur. Aspek kebersihan bandar, tempat makan dan tandas juga perlu dititik berat dalam usaha memberi pengalaman lebih baik kepada pengunjung yang datang,” katanya.

Beliau turut menyeru MPS menyediaka­n statistik dan datadata mengenai jumlah pengun- jung yang datang ke Festival Kebudayaan Borneo (BMF).

“Data dan statistik ini penting jika MPS mahu meyakinkan pelabur. Dengan data seperti ini, pelabur akan lebih bersedia untuk melabur dalam industri pelanconga­n di Sibu,” katanya.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA / BH ] ?? Pemandanga­n di bandar Sibu sebagai Gerbang Pelanconga­n Wilayah Tengah dalam usaha meningkatk­an jumlah kunjungan pelancong.
[ FOTO HARUN YAHYA / BH ] Pemandanga­n di bandar Sibu sebagai Gerbang Pelanconga­n Wilayah Tengah dalam usaha meningkatk­an jumlah kunjungan pelancong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia