Berita Harian

Sasar 2 juta hektar sawit mampan pensijilan MSPO, 2018

Ke arah pengeluara­n minyak sawit mampan oleh pekebun kecil dan industri menjelang 31 Disember 2019

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menyasarka­n kawasan tanaman sawit seluas dua juta hektar akan mempunyai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang akhir 2018.

Beliau berkata, pensijilan MSPO adalah satu daripada strategi menangani isu getir yang diwujudkan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) dengan meluluskan resolusi mengaitkan pembanguna­n industri sawit dengan kemusnahan alam sekitar dan habitat hidupan liar.

Katanya, sepanjang tahun lalu, seluas hampir 520,000 hektar tanaman sawit dan 50 kilang pemprosesa­n sawit mendapat pensijilan MSPO, berbanding hanya kira-kira 220,000 hektar dan 21 kilang pemprosesa­n sawit pada tahun 2016.

“Dalam hal ini, MSPO menjadi antara strategi untuk menangani isu berkenaan, selain menjadi asas bagi penjenamaa­n minyak sawit Malaysia.

“Justeru, untuk tahun ini, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) menyasarka­n jumlah keluasan tanaman dengan pensijilan MSPO bertambah kepada dua juta hektar,” katanya berucap di Majlis Perhimpuna­n Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) 2018, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Ketua Setiausaha MPIC, Datuk K Yogeesvara­n dan ketua pengarah agensi serta ketua pegawai eksekutif majlis di bawah MPIC.

Pelaksanaa­n skim adalah mandatori

Siew Keong berkata, pelaksanaa­n skim ini adalah mandatori menjelang 31 Disember 2019 dan dijangka mampu memperkuku­hkan pegangan pasaran sedia ada di negara EU, China dan India serta menembusi pasaran baharu yang berpotensi mencapai sasaran eksport sawit berjumlah RM83 bilion pada 2020.

Beliau berkata, tahun lalu penuh bermakna buat industri sawit kerana menyambut ulang tahun ke-100 kecemerlan­gan sawit negara.

Katanya, industri sawit sebagai penyumbang terbesar pendapatan eksport negara melalui sektor komoditi.

“Sepanjang Januari hingga November 2017, sektor sawit menyumbang RM71.5 bilion, meningkat 16 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2016.

“Sektor komoditi masih kekal sebagai tulang belakang ekonomi negara dan menjadi antara penyumbang eksport terbesar bagi tahun 2017.

“Bagi tempoh Januari hingga November 2017, jumlah pendapatan eksport direkodkan adalah sebanyak RM129.1 bilion atau 15.1 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara,” katanya.

Siew Keong berkata, nilai ini meningkat 16.5 peratus berbanding RM110.8 bilion yang direkodkan pada Januari hingga November 2016.

Beliau berkata, jumlah pendapatan eksport ini melebihi sasaran MPIC untuk tahun 2017 iaitu sebanyak RM128 bilion dan melebihi jumlah keseluruha­n pendapatan eksport bagi 2016 iaitu sebanyak RM122.6 bilion.

“Industri komoditi akan terus relevan dan menjadi khazanah negara yang paling bernilai bukan saja pada hari ini, tetapi pada masa depan.

“Saya menyeru semua pihak terutama seluruh warga MPIC melipat gandakan usaha demi kepentinga­n lebih 1.2 juta pekebun kecil komoditi dan sektor komoditi secara keseluruha­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia