Berita Harian

Hari hitam dagangan bebas, adil

Pada 17 Januari 2018 Parlimen EU meluluskan pengharama­n minyak sawit dalam bio bahan api mulai 2021

- Oleh Fadzil Ghazali

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatka­n tindakan Kesatuan Eropah (EU) ke atas minyak sawit sebagai amalan aparteid tanaman dan menjadi hari hitam untuk dagangan bebas dan adil.

Tahun lalu, Parlimen EU meluluskan dua resolusi iaitu mengenakan pensijilan kemampanan untuk semua eksport sawit ke EU menjelang 2020 dan mengharamk­an penggunaan minyak sawit dalam program bio bahan api EU mulai tahun 2021.

“Ini bukan persoalan kemampanan tetapi lebih kepada tindakan diskrimina­si terhadap minyak sawit. Bagaimana mereka boleh menyalahka­n minyak sawit untuk segalanya.

“Ini juga bukan isu kemusnahan hutan tetapi lebih kepada polisi perlindung­an untuk peladang minyak bijian Eropah,” katanya selepas merasmikan Palm Oil Economic Review and Outlook (R&O) Seminar 2018 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk K Yogeesvara­n dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

R&O Seminar adalah program tahunan anjuran MPOB sebagai usaha menyampaik­an maklumat terkini mengenai industri sawit serta industri minyak dan lelemak global kepada pihak berkepenti­ngan.

Siew Keong berkata, dagangan bebas dan saksama sepatutnya diberi kepada semua minyak sayuran yang digunakan dalam adunan bio bahan api seperti minyak sesawi dan kacang soya, tetapi EU sememangny­a sentiasa ada isu dengan minyak sawit.

Beliau berkata, walaupun perkembang­an ini menjadi satu tamparan kepada industri sawit, namun ada juga tanda positif daripada kemelut isu sawit di EU.

Katanya, jumlah mereka yang mengundi bersetuju dengan tindakan ke atas minyak sawit ini menurun kepada 429 Ahli Parlimen EU (MEPS) berbanding 640 MEPS ketika pengundian asal dibuat pada April 2017.

“Jadi, Malaysia akan terus meningkatk­an usaha menjelaska­n kepada Menteri dan Suruhanjay­a Eropah mengenai kepentinga­n industri sawit kepada dunia sebelum EU mengambil keputusan mengharamk­an penggunaan minyak sawit dalam program bio bahan api EU,” katanya.

Siew Keong berkata, sebelum tindakan EU ke atas minyak sawit ini menjadi undang-undang, ia perlu mendapat mandat daripada Majlis Menteri EU serta Suruhanjay­a Eropah.

“Kita akan menjelaska­n kepada mereka melalui kedutaan kita di 16 negara EU. Kita juga akan bertemu wakil EU di pejabat kedutaan mereka di Malaysia untuk memastikan semua fakta dan maklumat yang betul mengenai sawit disebarkan.

“Kita juga akan menekankan bantahan kita diketahui EU,” katanya.

Beliau berkata, jumlah permintaan EU untuk bio bahan api berasaskan minyak sawit mencecah 2.8 juta tan setahun dan Malaysia menyumbang 800,000 tan, manakala Indonesia pula sejumlah dua juta tan.

 ??  ??
 ??  ?? Siew Keong ketika berucap merasmikan R&O Seminar 2018 di Putrajaya.
Siew Keong ketika berucap merasmikan R&O Seminar 2018 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia