Berita Harian

Pekebun kecil raih manfaat koperasi sawit

Jualan kelompok, belian pukal tingkat daya saing urus niaga

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin dan Noor Asmawati Abdul Samad

Pekebun kecil sawit sektar daerah ini meraih manfaat hasil penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Daerah Tungku Berhad sejak tahun 2014.

KPSM berkenaan yang memulakan operasi jualan buah tandan segar (BTS) sejak akhir tahun 2015 kini disertai lebih 100 pekebun kecil sekitar daerah ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, berkata penubuhan KPSM adalah langkah strategik bagi menjamin pembabitan pekebun kecil sawit dalam model ekonomi baharu.

“Pembabitan pekebun kecil dalam aktiviti koperasi dan perindustr­ian kecil dan sederhana (PKS) dijangka akan memperkuku­hkan sumber pendapatan.

“KPSM yang menjalanka­n urus niaga BTS berkelompo­k dan pembelian input secara pukal memberi kesan langsung dalam peningkata­n pendapatan ahli koperasi.

“Kerajaan menyediaka­n peruntukan RM1.12 juta untuk disalurkan kepada pekebun kecil bagi penubuhan koperasi. Di bawah Rancangan Malaysia ke-1 (Rmke-11)1, kerajaan juga memperuntu­kkan dana sebanyak RM200,000 yang disalur melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pembinaan pusat timbang BTS yang dikendali KPSM,” katanya berucap merasmikan Pusat Timbang KPSM Daerah Tungku Berhad, baru-baru ini.

Bantuan tanam baharu sawit

Pada majlis itu, Datu Nasrun turut menyampaik­an bantuan tanam baharu sawit dan bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Pengerusi KPSM Tungku Berhad, Datuk Mohd Basari Abdul Gapar.

Sehingga akhir tahun lalu, sebanyak 43 KPSM ditubuhkan di seluruh Malaysia iaitu 17 di Semenanjun­g, 11 di Sabah dan 15 di Sarawak.

Daripada jumlah itu, 25 KPSM di seluruh negara memulakan jualan kelompok BTS secara terus ke kilang dengan jumlah BTS sebanyak 102,612 tan.

Datu Nasrun berkata, KPSM yang menjalanka­n jualan terus ke kilang memberi peningkata­n pendapatan kepada pekebun kecil sebanyak 15 peratus lebih tinggi berbanding jualan kepada peraih.

 ??  ??
 ??  ?? Datu Nasrun menyampaik­an kupon bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil sawit.
Datu Nasrun menyampaik­an kupon bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia