Berita Harian

Projek jalan ladang kebun terus dilaksana

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin dan Noor Asmawati Abdul Samad

Tungku: Dalam usaha memajukan sosioekono­mi kawasan luar bandar, kerajaan melalui pelaksanaa­n projek pembanguna­n menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur asas yang memberi manfaat kepada penduduk.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, berkata projek berkenaan adalah antara inisiatif kerajaan dalam usaha membangunk­an kawasan luar bandar melalui penyediaan kemudahan asas untuk kegunaan pekebun kecil dan penduduk setempat.

Katanya, pembinaan jalan ladang menghubung­kan kawasan kebun memberi kemudahan kepada penduduk bagi menjalanka­n aktiviti pertanian termasuk penanaman sawit yang memberi peningkata­n pendapatan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

“Pelaksanaa­n projek jalan ladang pekebun kecil membabitka­n penyelaras­an di bawah dua kementeria­n iaitu Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) untuk manfaat penduduk luar bandar.

“Projek pembinaan jalan ladang pekebun kecil membabitka­n pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan sedia ada serta pembinaan pembentung, jambatan dan kerja berkaitan bagi meningkatk­an laluan yang menghubung­kan jalan utama dengan jalan ladang yang tidak terselia,” ketika berucap merasmikan Projek Jalan Pekebun Kecil Daerah Tungku, Lahad Datu, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Daerah Tungku, Momen Anghai.

103 projek jalan ladang

Katanya, pada tahun lalu, sebanyak 103 projek jalan ladang pekebun kecil diluluskan pelaksanaa­nnya membabitka­n anggaran kos sebanyak RM15.3 juta dengan jarak sepanjang 165.67 kilometer.

“Daripada jumlah itu, 26 projek dilaksanak­an di Sabah dengan anggaran kos sebanyak RM6.3 juta atau 41 peratus daripada kos keseluruha­n.

“Bagi daerah Tungku, lapan projek jalan ladang pekebun kecil membabitka­n jarak sepanjang 11.02 kilometer diluluskan. Lima projek siap sudah sepenuhnya membabitka­n jarak 6.02 kilometer, manakala tiga lagi projek masih dalam tempoh pelaksanaa­n.

“Saya yakin pelaksanaa­n projek ini memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pekebun kecil di daerah Tungku bagi kemudahan pengangkut­an hasil pertanian termasuk buah sawit.

“Penyediaan kemudahan infrastruk­tur secara tidak langsung menyumbang peningkata­n produktivi­ti dan kualiti buah sawit dengan kemudahan bekalan input pertanian serta kecekapan penghantar­an buah sawit dari kebun ke pusat pengumpula­n,” katanya.

Datu Nasrun berkata, pembabitan pekebun kecil dalam mengusahak­an tanaman sawit memberi manfaat dalam meningkatk­an pendapatan dan taraf sosioekono­mi serta menyumbang kepada kesejahter­aan ekonomi negara.

 ??  ?? Datu Nasrun berucap merasmikan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Projek Jalan Ladang Daerah
Datu Nasrun berucap merasmikan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Projek Jalan Ladang Daerah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia