Berita Harian

Kerjasama strategi lautan biru MPOB, MOMG sektor oleokimia

Majlis interaksi rangka strategi dan hala tuju

- Oleh Razmah Ghazali

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kumpulan Pengeluar Oleokimia Malaysia (MOMG) memberi tumpuan pada penyelidik­an dan isu teknikal industri olekimia pada sesi interaksi diadakan di Ibu Pejabat MPOB, di sini.

Ahli EXCO MOMG yang diketuai Pengerusin­ya, Suresh Gunaratnam hadir majlis interaksi dipengerus­ikan Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan disertai Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din serta pegawai kanan MPOB.

Perbincang­an antara MPOB dan MOMG bertumpu kepada isu berkaitan penyelidik­an, isu teknikal dan industri olekimia sawit dalam negara.

Hubungan dua hala

Kerjasama lautan biru (NBOS) antara kedua-dua pihak meningkatk­an hubungan dua hala, bertukar maklumat dan pandangan mengenai industri oleokimia serta projek usaha sama di antara MPOB dan MOMG demi kesejahter­aan industri sawit negara.

Ahmad ketika berucap mengalualu­kan kehadiran wakil MOMG berkata, perkongsia­n maklumat terkini berkaitan pelbagai isu industri oleokimia melalui interaksi seumpama ini diharap dapat meningkatk­an kualiti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam sektor berkenaan.

Katanya, tindakan susulan dapat dirangka dan dilaksanak­an bagi menangani masalah berkaitan, sekali gus dapat menyumbang kepada peningkata­n pendapatan industri sawit.

“Industri oleokimia diakui menyumbang pendapatan tambahan kepada negara, selain minyak sawit.

“Malaysia menyumbang hampir 20 peratus kapasiti oleokimia dunia iaitu 2.67 juta tan pada 2017. Eksport produk oleokimia kini mencecah 2.74 juta tan dengan nilai hampir RM20 bilion,” katanya.

Eksport oleokimia

Ahmad turut menyentuh dana Projek Permulaan (EPP6) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Sawit dan Getah yang disediakan kerajaan bagi membantu industri oleokimia tempatan memberi lebih tumpuan kepada penghasila­n terbitan oleokimia bernilai tambah tinggi.

Katanya, industri oleokimia perlu peka kepada perkembang­an regulasi di negara luar terutama Eropah, yang boleh memberi impak kepada eksport oleokimia negara.

Beliau turut mengumumka­n kemudahan makmal ujian ekotoksiko­logi di MPOB yang mendapat pensijilan OECD Good Laboratory Practice (GLP) (Amalan Baik Makmal) yang dapat membantu industri mendaftar produk baharu di Eropah.

Beberapa isu berkaitan projek kolaborasi di antara MPOB dan MOMG, isu teknikal mengenai aktiviti hiliran dan cabaran yang dihadapi industri oleokimia turut dibincangk­an.

Antaranya, kajian penilaian kitaran hidup (LCA) asid lemak dan gliserol serta analisis kandungan racun makhluk perosak dan kandungan 3-MCPD (3-monochloro­propane-1,2-diol) serta ester glisidil (GE) dalam produk oleokimia.

Tingkat pasaran

Selain projek kolaborasi, MOMG juga menyuaraka­n beberapa isu umum termasuk menambah baik spesifikas­i Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia ( PORAM) bagi stearin, cukai ke atas minyak sawit yang akan dinaikkan negara Eropah dan keperluan untuk meningkatk­an bekalan minyak isirung sawit dalam negara.

MOMG berharap melalui kerjasama erat dengan MPOB, produk oleokimia Malaysia akan mempunyai kelebihan daya saing terutama dari segi kualiti, sekali gus meningkatk­an pasaran pada peringkat global.

 ??  ??
 ??  ?? Ahmad (empat dari kanan) bersama Kushairi (lima dari kanan) bergambar dengan Suresh (tiga dari kanan) dan ahli Exco MOMG di Bangi, baru-baru ini.
Ahmad (empat dari kanan) bersama Kushairi (lima dari kanan) bergambar dengan Suresh (tiga dari kanan) dan ahli Exco MOMG di Bangi, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia