Berita Harian

LUKE Finland, MPOB tinjau usaha sama penyelidik­an

- Oleh Rafizah Mazlan

Bangi: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerima kunjungan delegasi Natural Resources Institute Finland (LUKE) sempena rangka lawatan kerja mereka ke Malaysia baru-baru ini.

LUKE adalah sebuah institut penyelidik­an di bawah Kementeria­n Pertanian dan Perhutanan Finland yang bertanggun­gjawab menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam bidang sumber asli yang boleh diperbahar­ui dan penghasila­n sumber makanan secara mampan di negara tersebut.

Delegasi LUKE diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Dr Mari Walls dan diiringi Pengarah Penyelidik­an Kementeria­n Pertanian dan Perhutanan Finland serta tiga pegawai penyelidik kanan LUKE.

Lawatan kerja tiga hari itu antaranya bertujuan mempelajar­i lebih mendalam mengenai aktiviti R&D yang dijalankan MPOB dan meningkatk­an pemahaman mereka mengenai industri sawit Malaysia.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din ketika bertemu dengan delegasi LUKE berkata, kunjungan berkenaan amat bermakna kerana ia peluang terbaik MPOB untuk memberi penerangan mengenai kemampanan industri sawit Malaysia serta kemajuan bidang R&D berkaitan tanaman sawit dan minyak sawit yang diterajui MPOB.

Beliau berkata, pertemuan ini mampu memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai kebaikan minyak sawit di samping berkongsi peranan digalas MPOB dalam memartabat­kan industri sawit di peringkat antarabang­sa menerusi bidang R&D dan perkhidmat­an disampaika­n.

“Delegasi LUKE juga diberi penerangan aktiviti penyelidik­an huluan yang dijalankan MPOB seperti bidang agronomi dan kesuburan tanah, kajian perosak dan agen kawalan biologi, bidang bioteknolo­gi dan biak baka serta kemajuan mekanisasi perladanga­n yang berperanan penting dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti, mengurangk­an kos dan menghasilk­an minyak sawit mampan.

“Turut dibincangk­an ialah isu kemampanan sawit yang tertumpu kepada pelaksanaa­n Skim Pensijilan MSPO Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” katanya.

Laksanakan pensijilan MSPO

MPOB diberi mandat oleh kerajaan bagi melaksanak­an pensijilan MSPO kepada pengusaha tanaman sawit termasuk pekebun kecil yang selama ini terikat dengan standard bersifat tidak menyeluruh dan sukar dicapai.

MSPO menjanjika­n sistem yang telus bagi manfaat pengeluar, pekebun, peniaga, pengguna dan orang awam.

Delegasi turut dibawa melawat kemudahan penyelidik­an yang ada di MPOB seperti makmal kultur tisu dan biak baka.

Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh delegasi untuk berinterak­si dengan pakar MPOB bagi mendapatka­n maklumat perkembang­an dan penyelidik­an terkini terutama mengenai sektor huluan industri sawit.

Selain itu, LUKE turut dibawa melawat Stesen Penyelidik­an MPOB di Bintulu, Sarawak dan diberi pendedahan mengenai kemajuan dalam bidang penyelidik­an gambut tropika.

Lawatan ini berjaya membuka mata delegasi LUKE berhubung komitmen MPOB secara khususnya dan Malaysia secara amnya dalam menghasilk­an minyak sawit mampan.

 ??  ?? Delegasi LUKE mendengar penerangan mengenai penyelidik­an bioteknolo­gi dan biak baka sawit ketika lawatan ke Ibu Pejabat MPOB di Bangi.
Delegasi LUKE mendengar penerangan mengenai penyelidik­an bioteknolo­gi dan biak baka sawit ketika lawatan ke Ibu Pejabat MPOB di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia