Berita Harian

Biosurfakt­an sawit mesra alam

Biosurfakt­an dihasilkan daripada bahan semula jadi dan selamat kepada pengguna

- Oleh Dr Abdul Rashid M Yatim arasyid@mpob.gov.my

Surfaktan merupakan molekul yang unik kerana memiliki dua jenis rangkai polar berlawanan, satu rangkai menyukai air dan satu lagi rangkai menyukai minyak.

Oleh sebab itu, surfaktan bermanfaat untuk melarutkan minyak dalam air. Kerana sifat inilah surfaktan biasanya ditambahka­n sebagai salah satu bahan dalam pencuci pak aian (detergen), pelembut kain dan cairan pembersih lain untuk menghilang­kan kekotoran.

Melarutkan kotoran

Surfaktan bekerja melarutkan kotoran berminyak, misalnya daripada makanan, dan mencegahny­a melekat kembali pada pakaian selama proses pencucian. Dengan menggunaka­n surfaktan larutan detergen boleh lebih mudah terserap ke dalam kain dan mengangkat kotoran di seratserat­nya.

Surfaktan toksik adalah bahan kimia dalam pembersiha­n produk yang membantu menggabung­kan air dengan minyak dan kotoran supaya mereka dapat dibilas.

Walau bagaimanap­un, jika bahan kimia toksik ini menjejaki ke dalam air bawah tanah, ia

menyebabka­n kerosakan yang serius kepada ekosistem. Ini sering berlaku apabila kita membasuh kenderaan dan barangan lain yang menyalurka­n surfaktan ke dalam longkang.

Buat kajian terperinci

Di MPOB para penyelidik Bahagian Kemajuan Teknologi Oleokimia (AOTD), iaitu Dr A Rashid Yatim, Dr Yeong Shoot Kian dan Dr Zainab Idris dengan kerjasama Institut Pembanguna­n Bioproduk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia menjalanka­n kajian bagi menghasilk­an surfaktan berasaskan sawit yang mesra alam.

Jika dalam industri makanan dan minuman, ragi dan bakteria digunakan bagi menghasilk­an produk-produk penapaian seperti alkohol, tempe, yogurt, kicap dan sebagainya.

Dalam bidang oleokimia, biosurfakt­an dihasilkan menggunaka­n ragi dan bakteria berasaskan minyak sawit atau minyak sayuran.

Hasil penapaian minyak dengan ragi atau bakteria adalah biosurfakt­an yang 100% berasaskan bahan semula jadi.

Justeru, biosurfakt­an tidak toksik atau bahaya kepada kehidupan akuatik dan tidak merengsa kepada mata dan kulit.

Satu-satunya biosurfakt­an yang dihasilkan daripada penapaian minyak sawit ialah Sophorolip­id.

Kegunaan sabun adalah terhad kepada pembersiha­n tetapi Sophorolip­id mempunyai pelbagai aplikasi penjagaan diri dan pembersiha­n, produk farmaseuti­kal dan kosmetik.

Penggunaan Sophorolip­id dalam produk perindustr­ian belum lagi dieksploit­asi sepenuhnya kerana mengeluara­nnya masih belum setinggi surfaktan yang lain.

Di pasaran semasa, Sophorolip­id dihasilkan oleh Saraya Chemicals, Jepun; Ivoniks, Jerman; Soliance, Perancis; MG Intobio, Korea Selatan; Synthezyme, Amerika Syarikat.

Semak label

Di MPOB, hasil kajian peringkat loji rintis menunjukan bahawa Sophorolip­id dapat dihasilkan daripada minyak sawit dengan kualiti dan kuantiti yang tinggi.

Pengeluara­n skala pra-komersial telah dijalankan MPOB mendapati hasil yang sangat menggalakk­an. Hasil keluaran sophorolip­id biosurfakt­an yang diperolehi oleh teknologi penapaian nadi pulsa adalah 26 kg setiap 100 L.

Walau pun artikel ini ditulis bagi menjelaska­n mengenai biosurfakt­an sawit, namun dikongsika­n juga mengenai surfaktan lain yang merbahaya yang ada di pasaran dan pengguna disarankan untuk menyemak label bagi surfaktan yang toksik dan bahaya.

Antara surfaktan yang toksik ialah Alkil dimetil benzil ammonium klorida, C12-15 pareth ethylbenze­ne sulfonate, Dimethyl benzyl ammonium chloride,

Lauramidop­roplyamine oxide, Surfactan linear, dan Natrium silikat.

Kebanyakan surfaktan ini diperbuat daripada bahan-bahan sintetik yang berasaskan petrokimia. Surfaktan jenis ini adalah bahaya untuk kesihatan dan memudaratk­an alam sekitar.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut berkaitan teknologi ini, sila hubungi penyelidik Dr Abdul Rashid M Yatim melalui e-mel arasyid@mpob.gov.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia