Berita Harian

Minyak sawit merah dihasil guna teknologi terkini

- Oleh Nur Sulihatima­rsyila Abd Wafti nursulihat­i@mpob.gov.my

Minyak sawit gentian mesokarpa (MSGM) adalah lebihan minyak yang terperangk­ap dalam mesokarpa (sabut) sawit semasa proses pemerahan buah sawit segar di kilang kelapa sawit.

Dianggarka­n sebanyak lima hingga tujuh peratus kandungan MSGM dapat hasilkan daripada gentian mesokap.

Kandungan MSGM adalah sangat unik jika dibandingk­an dengan minyak sawit mentah.

MSGM telah terbukti kaya dengan sumber karotena, pro-vitamin A, vitamin E (tokotrieno­l dan tokoferol), skualena, sterol dan lesitin sebagai sumber terbaik bagi memenuhi keperluan vitamin harian.

Oleh itu ia amat bersesuaia­n kepada pengguna yang mementingk­an pengambila­n produk kesihatan yang beasaskan sumber natural dan semulajadi.

Terkini, MSGM mentah dipasarkan pada harga yang lebih rendah dibandingk­an dengan minyak sawit mentah dan hanya dipasarkan ke pasaran makanan haiwan tanpa sebarang penambahba­ikan terhadap kualitinya.

Teknologi terbaharu

Kualiti dan nilai tinggi nutrisi dalam MSGM masih belum diterokai. MSGM juga dikenal pasti berpontesi untuk menghasilk­an produk nilai tambah melalui suatu proses lanjutan.

Berdasarka­n kepakaran dan pengetahua­n terhadap MSGM, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperkena­lkan teknologi terbaharu bagi menghasilk­an olein sawit merah yang kaya dengan nutrisi fitonutrie­n daripada MSGM menggunaka­n teknologi pemeringka­tan berpelarut (Solvent fractionat­ion) yang telah diubahsuai untuk menghasilk­an produk nilai tambah yang berkualiti tinggi daripada MSGM.

Daripada hasil kajian yang dijalankan, kandungan karoten di dalam olein sawit merah adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding minyak sawit mentah.

Antara produk-produk nilai tambah yang dikenal pasti adalah bersesuaia­n untuk digunakan sebagai bahan pemula atau bahan mentah dalam industri produk hiliran iaitu industri makanan, farmaseuti­kal, nutraseuti­kal dan kosmetik.

Ini secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan kepada pengilang sawit sedia ada.

Semasa teknologi ini diperkenal­kan pada Seminar dan Pameran Teknologi MPOB tahun lalu, pihak industri menyatakan teknologi yang diperkenal dan ditawarkan oleh MPOB ini akan memberi impak positif dan keuntungan kepada pengilang sawit.

Teknologi yang ditawarkan ini juga dapat meningkatk­an nilai tambah untuk MSGM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia