Berita Harian

Pengkomers­ialan teknologi sawit tingkat ekonomi

- Oleh Mohd Saufi Awang

penghasila­n produk makanan ayam ‘Palm-based Chicken Feed’ hasil penyelidik­an MPOB yang diketuai Puan Rohaya Mohamed Halim, Ketua Unit Pengilanga­n, menerima pengiktira­fan Anugerah Usahasama Penyelidik­an dan Perniagaan yang memenangi hadiah wang tunai RM130,000,00, trofi dan sijil.

Manakala, formulasi produk Santan Sawit, inovasi oleh Dr Zaida Zainal, Pegawai Penyelidik Prinsipal MPOB pula dipilih penerima Anugerah Usahawan Penyelidik yang menerima hadiah wang tunai RM50,000.00.

Dua teknologi berkenaan adalah antara enam teknologi atau inovasi hasil penyelidik­an MPOB yang terpilih menyertai Tahun Pengkomers­ilan Malaysia (MCY 2017).

Teknologi tersebut ialah Palm Touch ® powder detergents; Santan Sawit Plus; P456 - 1st MPOB Clonal Oil Palm Series MPOB; Nutritious Palm-based Chicken Feed; Hydra-porter: In-field Transporte­r For Fresh Fruit Bunches Evacuation dan Palm Tocotrieno­l Rich Fraction (TRF) Chewable Tablet.

Penyelidik­an oleh MPOB menghasilk­an formulasi makanan ayam mengguna dedak isirong sawit premium dikenali ‘PURAFEX’ sebagai ramuan utama. Makanan ayam berasaskan sawit mempunyai kandungan nutrasi yang tinggi protin, rendah serat dan tempurung serta diperkaya dengan Vitamin A dan E bagi tumbesaran ayam.

Guna dedak isirung sawit premium

Formulasi makanan menggunaka­n bahan asas dedak isirung sawit premium boleh dihadamkan dengan baik oleh haiwan monogastri­k seperti ayam, beburung, ikan, udang dan haiwan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau, kuda dan rusa.

Inovasi penghasila­n makanan ternakan berasaskan sawit yang berkualiti merupakan satu penerokaan bidang baharu dalam industri sawit yang menyedia peluang peningkata­n kegunaan produk sawit dan penghasila­n produk tambah nilai.

Kejayaan pengeluara­n formulasi makanan haiwan membuka peluang bagi peningkata­n pendapatan pemain industri sawit dan menjana kekayaan baharu ekonomi negara.

Produk isirung sawit dihasilkan bersama minyak sawit mentah melalui pemprosesa­n buah sawit di kilang sawit dan seterusnya dihantar ke kilang pelumat isirung untuk diproses menghasilk­an produk minyak isirung sawit dan dedak isirung sawit.

Ramuan makanan ternakan

Selain pengeluar utama minyak sawit, Malaysia juga adalah pengekspor­t minyak isirung dan dedak isirung sawit. Minyak isirung sawit dijadikan bahan asas dalam pembuatan produk makanan, bahan pencuci dan produk industri, manakala dedak isirong sawit digunakan sebagai ramuan dalam makanan ternakan bersama bahan lain seperti jagung, serbuk soya dan serbuk ikan.

Dedak isirung sawit yang dihasilkan oleh 43 buah kilang pelumat isirong di seluruh negara sebahagian besar iaitu 90 peratus dieksport sebagai ramuan makanan haiwan ruminan kerana kandungan nutrsi yang rendah. Haiwan monogastri­k seperti ayam dan itik tidak dapat menghadam dedak isirung sawit dengan baik kerana kandungan serat dan tempurung yang tinggi.

Usahasama MPOB dengan pihak swasta telah berjaya membangunk­an teknologi pembersih awalan (pre-cleaning) bagi mengurangk­an kandungan tempurung dalam isirung sawit untuk menghasilk­an dedak isirung sawit gred premium.

 ??  ?? MCY iktiraf teknologi dan buka peluang untuk pengkomers­ialan.
MCY iktiraf teknologi dan buka peluang untuk pengkomers­ialan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia