Berita Harian

MPOB lancar buku tanam semula sawit

Buku 190 halaman himpunkan penulis dalam kalangan pegawai penyelidik MPOB

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

Buku mengenai penanaman semula sawit bertajuk

dilancarka­n barubaru ini sempena perasmian Palm Oil Economic Review & Outlook (R&O) Seminar 2018.

Buku berkenaan dilancarka­n Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong. Yang turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk K Yogeesvara­n dan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Buku yang mempunyai 190 halaman itu menghimpun­kan penulis dalam kalangan pegawai penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Kushairi dalam kata aluan buku berkenaan menyatakan kepentinga­n program tanam semula sawit mendorong kepada penerbitan buku itu.

Buku ini disusun khas bagi mengetenga­hkan maklumat teknikal dan disesuaika­n dengan maklumat ekonomi berkaitan industri sawit.

Ia turut mengupas mengenai manfaat ekonomi, pengenalan kepada program tanam semula, teknik pemulihan yang inovatif, perbelanja­an dan penggunaan biojisim sawit.

Skim bantuan tanam semula

Selain itu, perkongsia­n maklumat mengenai skim bantuan tanam semula sawit yang disediakan kerajaan dan pengalaman pelaksanaa­n program tanam semula oleh FELDA, pengurusan stok serta program tanam semula turut dimuatkan dalam penerbitan MPOB ini.

Buku ini turut memuatkan maklumat berkaitan bahan tanaman berkualiti, kos bagi tanam semula, manfaat ekonomi berikutan program tanam semula dan kesan ke atas sosioekono­mi sektor pekebun kecil yang terbabit dengan program tanam semula.

Maklumat berkaitan psikologi tanaman sawit, kaedah pengurusan dan tanam semula sawit yang lebih inovatif; nilai ekonomi batang pokok sawit untuk penghasila­n produk komersial serta kesan tanam semula dari segi kemampanan dan alam sekitar turut dikongsi dalam penerbitan ini.

Buku singkap usaha saintis, kerajaan dan industri sawit menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Buku Oil Palm Replanting: Little

Steps to A Giant Leap boleh diperoleh dengan menghubung­i Palmshoppe Malaysia, MPOB Bangi, di talian 03-87694910 atau e-mel pshoppe@mpob.gov.my

 ??  ??
 ??  ?? Siew Keong melancarka­n buku terbitan MPOB bertajuk ‘Oil Palm Replanting: Little Steps to A Giant Leap’ di Putrajaya, baru-baru ini.
Siew Keong melancarka­n buku terbitan MPOB bertajuk ‘Oil Palm Replanting: Little Steps to A Giant Leap’ di Putrajaya, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia