Berita Harian

Laos teroka peluang dagangan sawit Malaysia

- Oleh Nor Asliza Semiran

Bangi: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menerima kunjungan delegasi Laos bagi menjalin kerjasama perniagaan dalam sektor sawit pada akhir bulan lalu.

Lawatan kerja dua hari ke Malaysia oleh enam delegasi Laos disertai wakil Vientiane Industrial and Trade Area (VITA) dan juga syarikat Chua City Foods Co. Ltd.

Delegasi ini yang diketuai Naib Presiden VITA, Thongkhanh Vongphrach­anh dan Ketua Pengarah Eksekutif Chua City Foods Co Ltd, Theerawat Sophonchai­wat serta pihak pengurusan Chua City Foods Co. Ltd. dan pegawai kanan VITA.

Lawatan kerja itu bertujuan mewujudkan jalinan perniagaan dalam sektor sawit dan mengenal pasti pengekspor­t minyak sawit Malaysia ke Laos yang berpotensi.

MPOB menerusi Unit Khidmat Nasihat Teknikal mengatur beberapa program pemadanan perniagaan dengan pembekal minyak sawit Malaysia di Lembah Klang dan Selangor.

Pengekspor­t minyak sawit Malaysia yang ditemui gembira menerima delegasi Laos kerana ia menjadi platform strategik untuk memperluas­kan jaringan perniagaan ke Laos dan secara tidak langsung dapat memperting­katkan pengekspor­tan minyak sawit Malaysia ke Laos.

Theerawat berkata, syarikat Chua City Foods Co Ltd yang juga syarikat sos ikan berpangkal­an di Thailand selama 30 tahun berhasrat memperkemb­angkan perniagaan mereka di Laos.

Beliau berkata, syarikat itu bercadang membuka cabang perniagaan baharu, iaitu perniagaan minyak masak di Laos.

Pengeluar minyak masak jenama tempatan

“Semua minyak masak di Laos adalah produk import dari negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Jadi, ini peluang keemasan bagi kami untuk menjadi pengeluar minyak masak jenama tempatan yang pertama di Laos,” katanya ketika program pemadanan perniagaan dengan pembekal minyak sawit Malaysia.

Kilang pembungkus­an yang sedang dibangunka­n terletak di ka- wasan perindustr­ian VITA dijangka akan beroperasi pada akhir bulan ini.

Thongkhanh pula berkata, Chua City Foods Co Ltd sedang rancak mencari pembekal minyak sawit Malaysia untuk mereka memasarkan minyak masak sawit di Laos menggunaka­n jenama mereka sendiri.

“Pihak kami hanya ingin mencari pembekal kerana kami yakin dengan kualiti minyak sawit Malaysia adalah yang terbaik berbanding minyak sawit keluaran negara lain.

“Sebab itu kami datang ke Malaysia untuk mencari pembekal berpotensi bagi menjalin kerjasama perniagaan dengan Syarikat Chua City Foods Co. Ltd,” katanya.

Delegasi Laos ini juga turut membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din ketika lawatan ke Ibu Pejabat MPOB.

Kushairi berkata, beliau mengalu-alukan kedatangan delegasi Laos ke Malaysia dan MPOB untuk meneroka peluang perniagaan baharu di antara kedua-dua negara dalam sektor pengekspor­tan minyak sawit Malaysia ke Laos.

“Melalui program pemadanan perniagaan di antara delegasi Laos dan pengekspor­t minyak sawit Malaysia, diharapkan jalinan perniagaan di antara kedua-dua negara ini dapat diwujudkan, seterusnya dapat meningkatk­an jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke Laos.

“Pada tahun lalu, Malaysia mengekspor­t 940 tan minyak sawit olein bertapis ke Laos,” katanya.

 ??  ?? Kushairi (kanan) menerima kunjungan hormat delegasi Laos di pejabatnya di Bangi.
Kushairi (kanan) menerima kunjungan hormat delegasi Laos di pejabatnya di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia