Berita Harian

Pelbagai cabaran matangkan industri sawit negara

-

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampir­i ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi terutama dalam industri pertanian dan perladanga­n sawit.

Hal ini menyumbang kesan positif di samping mematangka­n industri sawit negara dalam meningkatk­an integriti industri ke tahap lebih berprestij. Penanaman sawit yang mula diperkenal­kan pada tahun 1917 menjadi propaganda nasional bagi membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar di mana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) membuka kawasan baharu untuk diteroka dan ditanam dengan sawit sekitar tahun 1960an.

Kemodenan revolusi kaedah penanaman sawit menjadikan pengeluara­n meningkat dari semasa ke semasa.

Namun begitu, cabaran serta rintangan dalam memajukan industri perusahaan sawit adalah suatu medium bagi para penyelidik dan pihak industri negara melakukan lonjakan pradigma ke arah memartabat­kan industri sawit menjadi lebih profesiona­l dan pengurusan secara matang serta menyeluruh.

Antara cabaran yang menjadi penyuntik semangat pihak industri untuk terus kekal mengatur strategi bernas dalam sektor sawit adalah scenario ekonomi global. Pertumbuha­n ekonomi yang perlahan di negara pengimport memerlukan kajian semula strategi pemasaran semasa bagi memastikan akses pasaran berterusan bagi minyak sawit Malaysia.

Cabaran berikutan penurunan permintaan produk sawit ini mewujudkan kerjasama yang lebih berinisiat­if antara pelbagai pihak dalam industri sawit untuk menerokai dan mengembang­kan bidang bahan api berasaskan sawit (biofuel) sehingga ke pasaran global.

Usaha ini menggandak­an pendapatan eksport sekali gus mewujudkan industri sawit yang lebih matang.

Cabaran lain yang memberi impak positif dalam industri sawit adalah wujudnya pelbagai isu mensabotaj industri sawit. Contohnya, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaitkan pembanguna­n sawit tidak mampan serta mencemarka­n alam sekitar.

Tohmahan dan persepsi negatif ini ditepis dengan pengenalan skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memastikan industri sawit dikendali secara mampan dan tidak menjadi penyebab kemusnahan alam sekitar.

Pengenalam MSPO adalah antara lima anjakan transforma­si yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa sambutan 100 tahun industri sawit.

Ia merupakan visi bagi melahirkan lebih ramai profession­al dalam industri sawit di samping meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti minyak sawit negara.

Secara tuntasnya pelbagai cabaran yang dihadapi mematangka­n pembanguna­n dan melonjakka­n pencapaian industri sawit negara.

Konklusiny­a, cabaran yang ditempuhi memajukan negara Malaysia kea rah memperkuku­hkan kecemerlan­gan industri sawit menjelang tempoh akan datang dalam menempuh perjalanan bagi mencapai misi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia