Berita Harian

Industri sawit negara gagah harungi cabaran untuk kekal di persada dunia

-

Dalam era globalisas­i, Malaysia melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatk­an ekonomi negara. Antara sektor yang membantu meningkatk­an aktiviti ekonomi negara adalah sektor pertanian. Industri sawit merupakan salah satu sumber utama penyumbang pendapatan kepada sektor pertanian. Dalam masa sama, industri sawit turut menghadapi cabaran daripada negara luar dan dalam negara hingga memaksa kerajaan Malaysia memerah idea untuk mengatasi halangan tersebut.

Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia adalah pelancaran kempen anti minyak sawit yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU). Hal ini telah menjejaska­n harga minyak sawit mentah. Secara tidak langsung, ia telah menganggu sumber pendapatan rakyat Malaysia terutamany­a kepada pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya kepada sawit.

Antara tindakan yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah memburuk-burukkan minyak sawit dengan meletakkan label ‘tanpa minyak sawit’ pada produk yang dikeluarka­n. Mereka turut menyatakan pengambila­n minyak sawit menyebabka­n peningkata­n tahap kolestrol dalam tubuh badan. Ini menyebabka­n pengguna membeli dan menggunaka­n minyak sayur lain yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu terus berge- rak ke depan dengan mengadapta­si pensijilan mampan serta amalan pertanian terbaik selain menjenamak­an minyak sawit dengan cemerlang.

Selain itu, persaingan yang berlaku di antara negara pengeluar minyak sawit. Bukan sahaja Malaysia yang giat mengusahak­an industri sawit malah sebahagian negara Barat turut terlibat seperti Brazil, Ecuador dan Guatemala. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran aktiviti perdaganga­n minyak sawit negara.

Negara pengimport akan mengambil peluang untuk membuat pilihan dan memilih negara yang menawarkan harga dan kualiti minyak yang terbaik.

Pihak MPOB telah menjalanka­n aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) terhadap sawit dan memperkena­lkan formula terbaru dalam meningkatk­an kualiti sawit seperti usaha pembiak bakaan yang efektif yang dapat menghasilk­an kandungan minyak dengan kualiti terbaik. Penghasila­n benih

PEMENANG KATEGORI 2

Awam

Hadiah Pertama

Nur Anis Izzati Rohizam Parit Raja,

Batu Pahat, Johor

Hadiah Kedua

Muhammad Azri Mat Arsad Sungai Mati,

Tangkak, Johor

Hadiah Ketiga

Nur Habibah Norman Jalan Yadi,

Klang, Selangor yang berkualiti juga mempengaru­hi kadar penghasila­n minyak sawit. Setelah mencapai matlamat, produk tersebut akan dikomersia­lkan di peringkat antarabang­sa di mana ia mempunyai keistimewa­an yang tersendiri daripada negara pengeluar yang lain. Jelaslah bahawa Malaysia memiliki tahap pemikiran yang tinggi untuk bersaing dan menempatka­n diri dalam industri ini bersama dengan negara-negara luar.

Seterusnya, industri sawit mempraktik­kan amalan pertanian yang lestari bagi mewujudkan suasana yang sihat kepada negara. Malaysia mempunyai keluasan hutan sebanyak 55.3% berbanding negara maju lain yang mempunyai kurang 50%. Pihak industri memanfaatk­an sepenuhnya penggunaan tanah bagi mengelakka­n pencemaran alam berlaku.

Oleh itu, tidak terdapat peningkata­n ketara aktiviti pembersiha­n tanah untuk menanam pokok sawit.

Kesimpulan­nya, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk kekal dalam industri sawit di persada dunia. Kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif dan menyusun strategi bagi mengatasi masalah yang ditimbulka­n oleh pelbagai pihak bagi melihat kehancuran industri sawit negara.

Kerjasama perdaganga­n dan teknikal diwujudkan dengan pelbagai negara yang sekali gus menjalin hubungan diplomatik dan meningkatk­an hubungan dua hala anatara Malaysia dengan negara-negara terbabit. − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar

sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5

− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Bukan kakitangan MPOB.

Panjang esei di antara 500 - 700 patah kata Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor telefon, alamat email (jika ada) nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport. Keputusan juri adalah muktamad.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Februari 2018.

Hantarkan penyertaan ke alamat:

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit

Ibu Pejabat MPOB, 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad

(Unit Komunikasi Korporat)

Email: watie@mpob.gov.my

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia