Berita Harian

Bukan lesen goda peminat

Afiq, Haziq jaga batas elak diri terjerumus dalam kancah kontrovers­i

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid bpop@bh.com.my

Memiliki paras kacak bukan jaminan dua anak muda ini meniti laluan mudah menempa nama selesa. Seperti kebanyakan bakat baharu, Afiq Syazwan dan Haziq Hasbullah juga terpaksa meniti jalan berliku untuk memulakan langkah.

Afiq, 21, umpamanya terpaksa menanti lama untuk memperkena­lkan bakatnya. Bermula dengan menyertai program realiti, Idola Kecil, sedekad lalu, Afiq berusaha keras mencari ruang untuk memahat kukuh namanya.

“Biarpun masih kecil ketika itu, hati saya sudah terdetik untuk terus mencuba nasib. Syukur selepas pertanding­an itu, saya mendapat peluang berlakon. Tawaran sentiasa ada membuatkan saya yakin langkah tidak tersasar,” katanya.

Pemilik nama Muhammad Shafieq Shazwan Zamros itu berkata, dia sentiasa mengintai peluang untuk terus bertapak. Mengakui dia antara yang bertuah kerana masih diberikan ruang, minatnya terhadap nyanyian tidak pernah berkubur.

“Minat menyanyi tetap mendalam, cuma masih belum ada rezeki untuk menyerlah. Meskipun rezeki lebih terarah kepada lakonan dan pengacaraa­n, saya terima setiap peluang dengan hati terbuka,” katanya.

Lunas impian tertunda

Afiq berkata, 2018 adalah masa terbaik untuk dia kembali mengejar cita-citanya yang pernah tertunda. Sebagai permulaan, Afiq mempertaru­hkan

single balada, Seandainya.

Mengakui lagu itu mempunyai kaitan dengan perjalanan hidupnya, Afiq berkata,

Seandainya berkisar mengenai harapan seorang lelaki yang menanti bekas kekasihnya kembali ke pangkuan.

“Saya pernah melalui episod cinta monyet dan saya gunakan pengalaman itu untuk menghayati lagu ini,” katanya tanpa berselindu­ng.

Meskipun memilih untuk memberikan fokus utama kepada bidang nyanyian,

Afiq berbangga kerana kerjaya lakonannya semakin berkembang. Turut menerima tawaran membintang­i filem, Afiq berkata, dia perlu bijak menyusun jadual.

Memandangk­an dirinya masih belajar, Afiq tidak mengambil tawaran drama episod kerana bimbang akan menyusahka­n pihak lain.

Minat menyanyi tetap mendalam, cuma masih belum ada rezeki untuk menyerlah. Meskipun rezeki lebih terarah kepada lakonan dan pengacaraa­n, saya terima setiap peluang dengan hati terbuka

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia