Berita Harian

Sindiket penipuan pelaburan emas, minyak tumpas

Kerabat diraja antara 6 ditahan dalam operasi di KL, Pulau Pinang

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@ hmetro.com.my

Polis menumpaska­n sindiket penipuan skim pelaburan emas menggunaka­n pengaruh kerabat diraja untuk promosi dengan penahanan enam suspek dalam siri operasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Antara ditahan pada 26 Januari itu adalah seorang individu bergelar Datuk Seri dan tiga Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata suspek berusia 42 hingga 62 tahun itu ditahan selepas polis menerima 193 laporan babitkan kerugian RM27.5 juta di seluruh negara membabitka­n sindiket itu sejak Oktober 2015 hingga Disember 2017.

“Mereka ditahan terdiri daripada pengarah syarikat dan penganjur skim terbabit, termasuk seorang individu bergelar Datuk Seri dan kerabat diraja serta tiga individu bergelar datuk.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas lapan kenderaan mewah milik suspek, lapan telefon bimbit, tiga kad ATM, empat kepingan emas, tiga jam tangan berjenama, lima buku cek dan wang tunai RM200,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.

Amar Singh berkata, sindiket itu menawarkan dua pelaburan utama, iaitu jual beli jongkong emas dan minyak dengan pulangan lumayan tempoh sembilan bulan.

“Bagi skim pelaburan jongkong emas, pelabur dijanjikan pulangan lumayan dua peratus sebulan, manakala pelaburan minyak sebanyak 15 peratus setiap bulan bagi tempoh sembilan bulan.

“Suspek turut mendakwa mereka ada hubungan rapat dengan kerabat diraja serta orang kenamaan bagi menambah keyakinan pelabur,” katanya.

Beliau berkata suspek ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013.

“Pelabur diminta membuat pengesahan daripada agensi berkaitan terlebih dulu bagi memastikan kesahihan sesuatu skim pelaburan ditawarkan,” katanya.

Sementara itu, Amar Singh berkata, tawaran tanah tidak wujud untuk dijual pada harga jauh lebih murah daripada kadar pasaran sebelum melarikan wang mangsa berjumlah hampir RM2 juta. Itu antara modus operandi 11 suspek sindiket penipuan jual beli tanah dikesan aktif lebih setahun lalu sebelum mereka diberkas polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata semua suspek, ditahan di enam lokasi di Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan dan Perak pada 18 Januari lalu.

“Modus operandi adalah memperdaya mangsa untuk membincang­kan tawaran harga hartanah yang murah. Mereka menyamar sebagai broker dan tuan tanah yang menawarkan hartanah tidak wujud dengan menunjukka­n geran tanah palsu,” katanya.

Dalam serbuan itu, kami turut merampas lapan kenderaan mewah milik suspek, lapan telefon bimbit, tiga kad ATM, empat kepingan emas, tiga jam tangan berjenama, lima buku cek dan wang tunai RM200,000” Amar Singh Ishar Singh, Pengarah JSJK Bukit Aman

 ??  ??
 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Amar Singh (dua dari kiri) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Amar Singh (dua dari kiri) menunjukka­n barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia