Berita Harian

Hadiah istimewa untuk suami, ibu

Shima temui jawapan dicari ketika kali pertama jejak kaki di Tanah Suci

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my (Yang mengikuti program Umrah Penggiat Seni di Tanah Suci, Makkah)

Janjinya apabila diberi peluang menjejakka­n kaki di Tanah Suci Makkah, dia bertekad melakukan penghijrah­an dalam hidup. Justeru, sebaik melangkahk­an kaki di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Madinah, Jumaat lalu, hatinya meronta-ronta mahu berubah.

Penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 49, menyifatka­n penghijrah­annya itu cukup istimewa apatah lagi, ia dilakukan ketika mahu menjejakka­n kaki ke Tanah Suci Makkah.

“Sebelum ini, pernah juga terdetik di hati sekiranya diberikan Allah rezeki ke Tanah Suci, saya mahu

Saya terkaku seketika apabila jemaah tibatiba bagaikan memberikan ruang untuk saya bersolat. Ruang sekeliling saya seperti kosong. Saya tidak hentihenti menitiskan air mata ketika bersolat dan berdoa Shima

pulang dengan perubahan. Alhamdulil­lah ketika usia memasuki 49 tahun, Allah SWT menerima saya menjadi tetamu-nya.

“Peluang ini tidak pernah saya jangka, apatah lagi hidup saya ketika ini tidak lagi semewah dahulu. Ketika menerima panggilan menjadi tetamu Allah, hati saya sudah terdetik untuk berhijrah. Keinginan itu semakin mendalam apabila saya tiba di KLIA.

“Saya nekad untuk terus bertudung sebaik sahaja menjejakka­n kaki di bumi Rasulullah SAW,” kata Shima yang manis mengenakan hijab labuh.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzam­an berkata, sebelum mendapat jemputan ke Tanah Suci, dia begitu seronok memborong tudung dan jubah sedangkan ia tidak pernah dilakukann­ya sebelum ini.

“Allah sedang menggerakk­an hati saya, meskipun ketika itu, saya masih tidak pasti. Hari ini, saya mendapat jawapannya.

Saya sebenarnya dipanggil Allah untuk menjadi tetamu-nya, sekali gus membuka pintu hati saya supaya ikhlas berhijrah.

“Secara jujur, saya tidak pernah terfikir untuk berhijab. Mungkin saya belum menerima seruan-nya, meskipun percaya, saya pasti akan menutup aurat apabila masanya tiba,” katanya.

Doa berubah

Katanya, suaminya, Abdullah Rosli, 41, dan ibunya menjadi insan paling gembira apabila menerima khabar penghijrah­annya.

“Sebelum ini, suami pernah bersuara supaya saya menutup aurat, tetapi saya minta diberikan masa untuk berubah. Saya percaya berita penghijrah­an ini cukup menggembir­akan hati ibu. Dia pernah membuka mulut mahu melihat saya berubah sekembali dari Tanah Suci.

“Tiada guna saya ke Tanah Suci, tetapi apabila pulang ke tanah air, saya masih Shima yang sama. Disebabkan itu, saya nekad lakukan perubahan untuk mencari keredaan Allah,” katanya.

Shima berkata, dia terharu menjadi antara 23 insan terpilih mengikuti program Umrah Penggiat Seni. Mereka berangkat ke Madinah, diikuti Makkah untuk menunaikan ibadat umrah bermula 26 Januari lalu, selama 12 hari.

Ia sebagai merealisas­ikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin memberi peluang kepada penggiat seni tidak berkemampu­an ke Tanah Suci. Program julung kali diadakan itu dianjurkan bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.

Keajaiban di Tanah Suci

Shima bersyukur, perjalanan­nya menunaikan ibadah umrah dipermudah­kan. Pagi Rabu lalu, buat kali pertama, hatinya sayu ketika menatap Baitullah di depan mata.

“Saya banyak melakukan dosa, tetapi Allah SWT tetap memilih saya menjadi tetamu-nya. Tiada ayat yang mampu saya ungkapkan ketika melangkah masuk ke Masjidil Haram. Air mata saya tidak berhenti mengalir sepanjang melakukan tawaf.

“Sudah tentu perkara pertama yang saya mohon adalah keampunan Yang Maha Esa. Saya juga tidak lupa mendoakan kesejahter­aan ibu bapa, suami dan keluarga.

“Saya turut memohon diberikan kesihatan yang baik, dipulihkan daripada segala penyakit dan pintu rezeki saya dibuka seluas-luasnya,” katanya.

Shima berkata, dia menempuh beberapa keajaiban sepanjang melakukan ibadah di Madinah dan Makkah.

“Saya melalui pengalaman yang cukup istimewa. Itulah bukti kebesaran Allah SWT.

“Saya mahu bersolat di Raudhah, tetapi tiada tempat kerana jemaah sedang bersesak. Saya memohon kepada Allah, mengharapk­an keajaiban untuk bersolat dan berdoa di taman syurga yang mustajab ini.

“Saya terkaku seketika apabila jemaah tiba-tiba bagaikan memberikan ruang untuk saya bersolat. Ruang di sekeliling saya seperti kosong. Saya tidak henti-henti menitiskan air mata ketika bersolat dan berdoa. Syukur,

Allah dengar rintihan hati saya,” katanya.

Sakit hilang

Katanya, dia risau tidak dapat melakukan ibadah umrah dengan sempurna memandangk­an dia mengalami slip disc dan sakit saraf sejak empat tahun lalu.

“Ketika melakukan solat jamak Maghrib dan Isyak, saya mohon Allah menghilang­kan segala kesakitan supaya saya dapat melakukan tawaf serta sai’e dengan sempurna.

“Sakit saya hilang serta-merta, malah segala urusan tawaf dan sai’e selesai dengan mudah. Saya rasa kembali sihat seperti dahulu. Alhamdulil­lah, derita yang saya tanggung selama beberapa tahun ini tidak mengganggu ibadah saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri; Zaleha Hamid,shima dan Ayati Tasrip.
Dari kiri; Zaleha Hamid,shima dan Ayati Tasrip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia