Berita Harian

KR1M 2.0 bukti kerajaan prihatin

-

Pada 29 Julai lalu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Arahan itu selepas kerajaan menerima maklumat dan laporan harga produk di kedai terbabit lebih tinggi daripada pasaran, tersasar daripada matlamat mahu membantu meringanka­n beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang berpendapa­tan rendah.

Tiga bulan kemudian, Datuk Seri Najib Razak ketika membentang­kan Bajet 2018, mengumumka­n pula sebanyak 50 KR1M akan distruktur semula sebagai KR1M 2.0 dan diperluask­an kepada 3,000 buah dalam tempoh tiga tahun.

Lebih awal sebelum itu, arahan Ahmad Zahid segera disusuli KPDNKK yang bekerjasam­a dengan syarikat multinasio­nal (MNC), syarikat besar tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya menjadi pembekal untuk KR1M 2.0.

Semalam, selepas hanya kira-kira tiga bulan pengumuman dibuat dalam Bajet 2018, Perdana Menteri hadir melancarka­n KR1M 2.0 di pasar raya Tunas Manja Group (TMG) di Temerloh, Pahang.

Seluruh rakyat menjadi saksi betapa keputusan tegas Timbalan Perdana Menteri, bukti kerajaan serius mahu membantu rakyat berbelanja di kedai yang menawarkan harga lebih murah berbanding pasar raya.

Harga lebih mahal menyebabka­n usaha murni kerajaan tidak kesampaian, sebaliknya kerajaan pula menjadi sasaran kemarahan rakyat yang sedar KR1M sepatutnya menjual produk pada harga lebih murah.

“Saya arahkan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Menteri KPDNKK) putuskan kontrak syarikat mengendali­kan perjalanan KR1M, tukar syarikat lain supaya harga benar-benar di bawah pasaran demi kepentinga­n rakyat," kata Ahmad Zahid ketika itu.

Pelbagai pembaharua­n

Semalam, diumumkan pelbagai pembaharua­n menerusi KR1M 2.0, antaranya sebanyak 50 jenis barang keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding pasaran.

Penambahba­ikan itu dilakukan selepas kerajaan mengkaji kelemahan yang ada pada KR1M, juga berdasarka­n maklum balas rakyat.

Bagi peringkat permulaan, KR1M 2.0 juga akan menjual empat jenis barang keperluan asas pada harga lebih rendah daripada harga pasaran seperti gula pada RM2.85 sekilogram (kg) berbanding RM2.95 di kedai biasa.

Tepung pula ditetapkan pada harga RM1.30 berbanding RM1.35 di pasaran serta beras cap Bunga Raya 10kg pada RM24.90 berbanding RM26.

Perkembang­an itu satu lagi bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar berjanji dan menepati janji, malah pantas menyelesai­kan isu yang membabitka­n kepentinga­n rakyat.

Bagi merealisas­ikan pembukaan 3,000 kedai KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun seperti dijanjikan dalam Bajet 2018, rakyat pasti tahu akan perlu dilakukan mereka sebelum memberi mandat pada pilihan raya umum ke14 (PRU-14) nanti.

Apabila KR1M 2.0 dibuka semula, saya rasa lega kerana tahu di mana boleh mendapatka­n barang yang murah, berjenama dan berkualiti” Julia Arni Jamin, Suri rumah Memang beri kelegaan apabila jumlah wang yang perlu dibayar lebih murah berbanding sebelum ini. KR1M meringanka­n beban saya sekeluarga dalam belanja harian” S Parameswar­y Sebagai pesara, perbelanja­an mahu diminimumk­an, jadi apabila KR1M dibuka semula, ia mengurangk­an beban kami kerana menjadi pilihan untuk dapatkan barang keperluan asas” Mazlan Hussein, Pesara

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Pengunjung membeli barang selepas Majlis Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 semalam. yang dirasmikan Najib di Temerloh,
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Pengunjung membeli barang selepas Majlis Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 semalam. yang dirasmikan Najib di Temerloh,
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia