Berita Harian

5 pesanan panduan ‘Team Johor’

-

Johor Bahru: Pesanan lima serangkai di sebalik simbolik perkataan ‘BN’ perlu dijadikan panduan semua pemimpin ‘Team Johor’ ketika memegang amanah menerajui negeri ini bagi Dekad Baharu Johor untuk 10 tahun akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata lima pesanan menggunaka­n simbolik BN itu merangkumi Betulkan Niat; Bangunkan Negeri; Belalah Negara; Berilah Nilai dan Bawalah Nama.

“Pertama, Betulkan Niat (BN). Pastikan segala yang kita lakukan adalah kerana Tuhan, untuk manusia dan demi masa depan Johor.

“Kedua, Bangunkan Negeri (BN) ini dengan sebaik-baiknya. Johor ini jololannya Kosong Satu. Tidak ada Johor yang kedua, tetapi akan ada Johor yang lebih baik dan maju, terpulang kepada cara kita mengemudin­ya," katanya.

Belalah negara

“Ketiga adalah Belalah Negara (BN), walaupun kita ini Team Johor, tetapi masih anak Malaysia yang patriotik serta cintakan tanah air.

“Keempat, Berilah Nilai (BN). Dalam pekerjaan kita, dalam rutin harian kita atau apa-apa sahaja yang kita lakukan. Jangan jadi mereka yang datang tidak bertambah, pergi tidak berkurang.

“BN terakhir adalah Bawalah Nama, selaku Team Johor dan selaku bangsa yang berkemajua­n,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri, semalam.

Mohamed Khaled berkata, Team Johor akan bekerja rapat dengan Kerajaan Pusat, sektor swasta, syarikat milik kerajaan, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), individu berpengaru­h dan terkemuka dengan Bangsa Johor.

“Sumbangan dan pandangan semua orang penting dan akan dihargai.

“Membangun Dekad Baharu Johor ini bukanlah sebuah mimpi yang sempurna, tetapi adalah cita-cita sebuah negeri kecil yang mahu menjadi yang terbaik,” katanya

Beliau berkata, ia juga bukan cita-cita dirinya dan kerajaan ini tetapi dekad itu adalah cita-cita semua rakyat Johor.

“Kerana Johor ini adalah sebahagian dari kita semua. Jadi saya tidak rasa kita punya pilihan,” katanya.

 ??  ?? Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia