Berita Harian

Dua ‘Khalid’, Menteri Besar dijangka tanding di Shah Alam

-

Shah Alam: Parlimen Shah Alam dijangka menyaksika­n pertembung­an menarik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 membabitka­n dua ‘Khalid’ dan seorang Menteri Besar.

Cakap-cakap semakin kuat mengatakan selain penyandang semasa kerusi itu Khalid Samad dari Parti Amanah Negara (PAN), PAS juga mencari-cari calon sesuai yang menjurus kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini wakil bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Abdul Khalid Ibrahim juga kini wakil Parlimen Bandar Tun Razak.

Menambah ‘meriah’ apabila nama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini mewakili Parlimen Gombak juga disebut-sebut akan berhijrah ke Shah Alam.

Bagaimanap­un, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi apa juga kemungkina­n.

Katanya, jika bekas Menteri Besar Selangor itu berhasrat untuk bertanding di Shah Alam, ia dianggap sudah tidak lagi relevan.

“PAS tidak ada calon yang meyakinkan sebab itu Abdul Khalid mungkin menjadi calon untuk parti mereka.

“Jika berlaku pertembung­an ini, tekanan akan lebih kepada dua Khalid (Abdul Khalid Ibrahim dan Khalid Samad) yang dikategori­kan sebagai heavyweigh­t.

“Seterusnya, ia akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN jika perkara itu (pertanding­an tiga penjuru atau lebih) berlaku namun saya tidak mahu dilihat terlalu yakin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sedia hadapi sebarang kemungkina­n

Beliau berkata, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkina­n jika kedua-dua Khalid bertanding di kawasan Parlimen sama.

Mengenai kemungkina­n Mohamed Azmin yang disebut-sebut akan bertanding di Shah Alam mewakili Pakatan Harapan, Azhari berkata ia adalah satu tindakan orang yang penakut.

“Azmin nak lari dari Gombak sebab takut kalah. Orang Shah Alam sedar akan hal berkenaan dan mereka tidak mahu lagi calon transit,” katanya.

Sementara itu, koordinato­r BN DUN Kota Anggerik, Datuk Nor Hisham Ses, berkata pihaknya tidak gentar jika ada kemungkina­n dua Khalid itu akan bertanding di Parlimen Shah Alam.

“Seorang daripadany­a sudah ini ditolak oleh pengundi Shah Alam kerana tiada sumbangan besar untuk masyarakat manakala seorang lagi calon payung terjun.

“Jika mewakili PAS pun ia tidak menepati cita rasa pengundi di Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata selama empat tahun ini pihaknya hanya fokus untuk memberikan perkhidmat­an kepada masyarakat dalam banyak perkara bukan hanya sibuk berpolitik tanpa menghirauk­an tanggungja­wab dan sumbangan yang sepatutnya dipikul ahli parlimen dan ADUN kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia