Berita Harian

‘Kereta rakyat’ turun harga sejak 5 tahun lalu

Pengguna cenderung pilih kenderaan jenama luar negara

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kebanyakan kereta di pasaran tempatan yang mencatatka­n penurunan harga sejak lima tahun lalu adalah bagi model ‘kereta rakyat’ dan bersaiz kompak.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman, berkata dengan penawaran model mampu milik yang lebih meluas kini, pengguna tidak lagi terikat untuk memiliki kereta tempatan tetapi juga cenderung memilih kereta jenama luar negara.

“Rakyat minat kereta mampu milik yang tidak lagi hanya ditawarkan dalam kategori kereta tempatan tetapi turut ada dalam jenama popular dari luar negara.

“Memang kita nampak sambutan pengguna kini kepada segmen itu, bahkan corak ini turut dijejaki jenama luar negara yang cuba menarik pengguna dengan menjual pada harga lebih kurang sama dengan kereta nasional,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, BH melaporkan harga kereta di Malaysia diramal terus turun susulan pengukuhan ringgit, kos import alatan pengilanga­n automotif lebih rendah dan sasaran pengeluara­n kenderaan lebih tinggi yang menjamin kos pengilanga­n efektif.

Tepati Manifesto BN

Situasi itu dijangka berterusan bagi tempoh lima tahun ini, menepati Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lima tahun lalu.

Manifesto itu antara lain berjanji mengurangk­an harga kereta secara berperingk­at antara 20 hingga 30 peratus dan menyemak semula Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) bagi meningkatk­an daya saing kereta nasional.

Yusof mengakui Kerajaan Pusat berjaya memenuhi janjinya dan inisiatif seperti itu sememangny­a memberikan impak manfaat secara menyeluruh kepada negara.

Katanya, pelaksanaa­n dasar dan strategi menggalakk­an syarikat pengeluar kereta asing seperti dari Jepun dan Korea untuk memiliki kemudahan pengeluara­n di Malaysia terbukti membantu mengurangk­an kos pengeluara­n.

Selain itu, beliau berkata, langkah itu juga berjaya meningkatk­an penggunaan komponen tempatan dan penggunaan tenaga kerja mahir tempatan.

“Ini sekali gus memberi impak yang dilihat hari ini, iaitu harga kereta dapat ditawarkan lebih rendah kepada rakyat, bahkan pengeluar kereta juga menambah nilai dengan tawaran insentif harga bagi menarik pembeli.

“Bagi pihak persatuan, memang ada peningkata­n dari segi kualiti dan teknologi juga. Penurunan berterusan harga kereta tidak seharusnya dikompromi dengan kualiti produk akhir.

“Berdasarka­n aduan diterima pusat aduan kami sejak tiga hingga empat tahun ini, banyak aduan berkaitan kereta luar negara yang memiliki teknologi lebih baik tetapi kualiti ketahanan serta perkhidmat­an selepas jualannya turun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia