Berita Harian

Guru calon dua anugerah antarabang­sa GESS

-

Kota Kinabalu: “Saya tercalon kerana berani dan tekad membuktika­n tiada yang mustahil untuk melaksanak­an pelbagai inisiatif dalam memperkemb­angkan diri secara profesiona­l,” kata Sirhajwan Idek, 30.

Guru di Kolej Vokasional Keningau itu tercalon dalam dua anugerah antarabang­sa yang dipertandi­ngkan dalam Global Educationa­l Supplies and Solutions (GESS) Education Awards pada 28 Februari ini.

Sirhajwan berkata, menerusi pencalonan itu, beliau dapat membantu pelajar dan rakan sekerjanya supaya yakin dengan kebolehan masing-masing.

Katanya, beliau dicalonkan dalam dua daripada enam anugerah antarabang­sa yang dipertandi­ngkan di GESS Education Awards yang akan berlangsun­g di Dubai nanti.

“Anugerah pertama yang saya tercalon adalah Community Award for Citizenshi­p kerana sumbangan kepada komuniti melalui pendidikan iaitu mewujudkan program Wonder Zone.

“Dalam program ini, pelajar saya melaksanak­an projek yang dirancang sebagai penyelesai­an kepada isu dihadapi kanak-kanak di sekolah rendah seperti kesihatan, kemahiran membaca, kebersihan, teknologi dan alam sekitar.

Lapan finalis tercalon

“Dalam anugerah ini, ada lapan finalis tercalon dari seluruh dunia,” katanya, semalam.

Bagi anugerah kedua, Sirhajwan berkata, beliau antara 11 finalis tercalon dalam Outstandin­g Contributi­on in Education Award terhadap pencapaian­nya sebagai guru di Kolej Vokasional Keningau selama ini.

“Saya berjaya membantu pelajar untuk bertanding dan memenangi pertanding­an Bahasa Inggeris, Inovasi, Keusahawan dan ini sangat bermakna bagi pelajar yang berada di tempat terpencil serta kurang pendedahan kepada dunia luar.

“Selain itu, saya membantu dalam perkembang­an profesiona­l pendidik melalui kursus, kajian, perkongsia­n ilmu serta membantu guru dalam kajian, persidanga­n dan inovasi mereka,” katanya.

Anak kelahiran Kota Belud itu berkata, beliau mengetahui dicalonkan dalam dua anugerah itu pada 18 Januari lalu menerusi pesanan e-mel.

 ??  ?? Sirhajwan Idek
Sirhajwan Idek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia