Berita Harian

Bapa pukul, hempas anak tidak berhenti menangis

-

Sungai Petani: Hanya kerana anaknya yang berusia dua tahun tidak berhenti menangis, seorang lelaki tergamak memukul dan menghempas mangsa ke lantai rumah mereka dekat Taman Seri Semeling, Bedong di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, ibu mangsa berusia 35 tahun sedang berada di dalam bilik tidur kerana tidak sihat, sementara suspek berusia 29 tahun bersama anak lelakinya berada di ruang tamu rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata mangsa ketika itu tidak berhenti menangis, menyebabka­n suspek berasa tidak selesa sebelum memarahi dan memukulnya.

Luka di bahagian muka

Beliau berkata, suspek menghempas mangsa ke lantai menyebabka­n kanak-kanak itu mengalami luka di hidung, mulut dan kepala, selain lebam di dagu.

“Ketika kejadian, ibu mangsa yang berada di dalam bilik tidur menyaksika­n kejadian terbabit kerana pintu bilik berkenaan yang terletak berhadapan ruang tamu terbuka.

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bedong untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Saifi berkata, siasatan mendapati wanita terbabit berkahwin dengan suspek selama tiga tahun yang juga perkahwina­n keduanya dan memiliki dua orang anak.

Polis tahan bapa

“Bertindak atas maklumat itu, kita kemudian menahan suspek semalam dan direman empat hari bermula hari ini.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (a) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia