Berita Harian

3,500 RUMAWIP untuk kemudahan anggota ATM

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n bakal membina 3,500 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) bagi kemudahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata projek berkenaan adalah kerjasama dengan Kementeria­n Pertahanan menerusi projek Satu Anggota Satu Rumah (SASAR).

Katanya, inisiatif itu dilaksanak­an bagi membolehka­n setiap anggota tentera memiliki rumah kediaman sendiri di ibu kota.

Lancar Mac depan

“Projek ini dijangka dilancarka­n pada Mac depan. Ini bagi menghargai jasa dan pengorbana­n yang dilakukan oleh ATM.

“Harga seunit kediaman bakal ditawarkan adalah serendah RM150,000 sehingga RM250,000 dengan keluasan antara 1,000 hingga 1,200 kaki persegi.

“Pelbagai kemudahan seperti surau dan dewan serba guna akan disediakan untuk kegunaan,” katanya selepas merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutua­n Parlimen Bandar Tun Razak, di Kem Tentera Sungai Besi, semalam.

Tengku Adnan berkata, pihaknya turut bersetuju menaikkan taraf taman permainan Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera Darat dengan kos RM100,000 dan pembinaan padang futsal berjumlah RM150,000.

“Kemudahan ini adalah untuk rakyat dalam menjamin kesejahter­aan hidup bersama,” katanya.

Sementara itu, kementeria­n mengekalka­n tema ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ sebagai tema Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2018.

Malah, program Kenduri 1Wilayah Persekutua­n yang diadakan diharap dapat menanam semangat kebersamaa­n dan keharmonia­n rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia