Berita Harian

Tangani kesan kenaikan minyak

Tambah BR1M, subsidi pengangkut­an awam bantu golongan berpendapa­tan rendah: Maybank IB

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Meningkatk­an jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), subsidi tiket Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta subsidi diesel kepada bas sekolah dan awam antara langkah yang boleh dilaksanak­an kerajaan untuk mengurangk­an beban kenaikan harga bahan api kepada golongan berpendapa­tan rendah.

Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias, berkata langkah untuk mengembali­kan subsidi bahan api seperti yang dilaksanak­an sebelum ini adalah tidak baik memandangk­an ia hanya memberi manfaat yang lebih kepada golongan berpendapa­tan tinggi.

Beliau berkata, pemberian subsidi bersasar adalah lebih berkesan dalam menangani kesan kenaikan harga minyak mentah global terhadap golongan berpendapa­tan rendah.

“Saya tidak bersetuju subsidi bahan api dilaksanak­an semula kerana ia akan memanfaatk­an mereka yang berpendapa­tan tinggi berbanding berpendapa­tan rendah.

Unjuran harga minyak

“Dengan harga bahan api diapungkan ketika ini, kerajaan perlu memperkema­skan langkah sedia ada seperti meningkatk­an pemberian BR1M, memberikan subsidi kepada harga tiket MRT dan LRT serta bas sekolah dan awam,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Suhaimi berkata, Maybank IB mengunjurk­an harga minyak mentah berlegar pada paras purata AS$60 satu tong pada tahun ini berbanding unjuran AS$54 satu tong pada 2017.

Beliau berkata, pihaknya juga mengunjurk­an setiap kenaikan AS$10 satu tong bagi purata tahunan harga minyak mentah akan meningkatk­an pendapatan minyak dan gas kerajaan tidak termasuk dividen PETRONAS sebanyak RM4 bilion.

Malah, jumlah itu, jelasnya, boleh mencecah RM7 bilion sehingga RM8 bilion jika termasuk dividen PETRONAS.

“Dengan 2018 adalah tahun pilihan raya, potensi peningkata­n pendapatan kerajaan menyediaka­n ruang untuk meningkatk­an perbelanja­an bersasar,” katanya.

Eksport, import terus berkembang

Mengenai prospek pertumbuha­n ekonomi negara tahun ini, Suhaimi berkata, Maybank IB mengunjurk­an ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus bagi 2018, dipacu pertumbuha­n berterusan pelaburan dan penggunaan.

Beliau berkata, eksport dan import akan terus berkembang berikutan momentum pertumbuha­n global yang kukuh.

Bagi ringgit pula, Maybank IB mengunjurk­an mata wang tempatan itu terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri tahun ini pada paras RM3.90 untuk AS$1.

 ??  ??
 ??  ?? Suhaimi Ilias,
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank
Suhaimi Ilias, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia