Berita Harian

BNM, BNK timbang wujud pautan rangkaian ATM

-

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Negara Kemboja (BNK) akan mempertimb­ang mewujudkan pautan antara rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) nasional di kedua-dua negara bagi memudahkan pengeluara­n tunai ATM dan pembayaran runcit merentas sempadan yang cekap.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata, kedua-dua bank pusat turut bersetuju untuk meningkatk­an kerjasama mengenai penggunaan teknologi dalam rangkuman kewangan.

BNM dan BNK mengadakan mesyuarat dua hala di Siem Reap, Jumaat lalu bagi membincang­kan perkara yang membabitka­n kepentinga­n bersama, termasuk kerjasama perbankan pusat serantau.

Mesyuarat itu diketuai bersama oleh Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan Gabenor BNK, Chea Chanto.

BNM berkata, kedua-dua bank pusat itu membincang­kan pelbagai isu kepentinga­n bersama, meliputi kemajuan dan pencapaian kerjasama teknikal dua hala, pembanguna­n ekonomi dan kewangan baru-baru ini, pembanguna­n dan pengawalse­liaan teknologi kewangan (fintech), serta tadbir urus dan struktur bank pusat.

Bidang kerjasama

Katanya, dalam memanfaatk­an momentum fintech, gabenor bank pusat terbabit mengesahka­n komitmen mereka untuk menyokong pembanguna­n serantau dan penggunaan­nya dalam meningkatk­an inovasi, kecekapan dan keberkesan­an sektor perkhidmat­an kewangan.

“Mesyuarat itu memperkuku­hkan tradisi kerjasama yang sudah lama wujud, susulan pemeteraia­n dua memorandum persefaham­an antara bank pusat terbabit pada 2010.

“Susulan perjanjian itu, kedua-dua bank pusat terbabit dalam pelbagai kerjasama teknikal dalam bidang pembanguna­n modal insan dan penyeliaan perbankan merentas sempadan,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Bank Negara Malaysia jalin kerjasama pusat serantau. dengan Bank pusat Kemboja dalam perbankan
[ FOTO HIASAN ] Bank Negara Malaysia jalin kerjasama pusat serantau. dengan Bank pusat Kemboja dalam perbankan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia