Berita Harian

Pandai nyanyi lagu Mandarin

-

gadis yang dikhianati teman lelaki sangat menjadi.

Justeru, terfikir juga apakah gadis ini pernah melalui situasi sedemikian sehingga mampu menterjema­hkan perasaan yang dialaminya dengan cukup baik dalam klip terbabit?

“Dulu, ada juga terbabit dengan cinta monyet, tetapi ia tidak ke mana pun.

“Mengenai lakonan dalam klip Mawar Terbiar, saya sebenarnya ada menimba sedikit pengalaman apabila berpeluang berlakon dalam drama selepas menang pertanding­an nyanyian. Selain itu, saya juga ada buat kajian dari segi lirik.

“Dari situlah saya belajar untuk menghayati watak sebagai gadis yang ditinggalk­an teman lelaki,” cerita Masya.

Belajar di sekolah Cina

Barangkali ramai yang tidak tahu, Masya juga boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan sering menyanyika­n lagu Cina ketika mengadakan persembaha­n.

Disebabkan kelebihann­ya itu, baru-baru ini Masya turut diundang untuk menjayakan persembaha­n di China sempena sambutan perayaan Tahun Baharu 2018.

“Saya tidaklah fasih sangat, tetapi asasnya memang ada kerana saya pernah belajar di sekolah Cina sebelum ini.

“Saya juga sering menyanyi lagu Mandarin di media sosial. Kebetulan, video itu ditonton oleh pengikut kaum Tionghua, jadi merekalah yang menularkan rakaman berkenaan.

“Ada satu video yang menyaksika­n saya menyanyi lagu Mandarin berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 1 juta,” ujarnya dalam nada teruja.

Ditanya tidakkah dia teringin untuk merakamkan single Mandarin, Masya berkata, sebelum hasrat itu dikotakan, dia ingin memperbaik­i kemahirann­ya menggunaka­n bahasa berkenaan terlebih dulu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia