Berita Harian

Hari Hijab Sedunia tingkat martabat golongan bertudung

Pupuk toleransi salur maklumat kepada masyarakat seluruh dunia

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Hari Hijab Sedunia (WHD) yang diraikan sejak lima tahun, secara serentak di 190 negara sewajarnya menjadi platform terbaik untuk menangkis pandangan negatif dan meningkatk­an kesedaran, penindasan serta ketidakadi­lan wanita berhijab di seluruh dunia.

Justeru, inisiatif dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Handshake People dan Empowering Venus Everywhere (EVE) menganjurk­an program bual bicara memfokus isu diskrimina­si wanita muda berhijab, sangat bertepatan dengan misi berkenaan.

Ketua Perkembang­an Wanita Handshake People, Farhana Francis, berkata paling menarik program berkenaan juga bertujuan memartabat­kan wanita berhijab di negara ini dalam pelbagai bidang tanpa diskrimina­si.

Katanya, perbincang­an itu sekali gus mampu memperkasa­kan wanita dalam sektor kerja selain diharapkan mampu memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai konsep berhijab.

Pemangkin ekonomi global

Katanya, wanita berhijab hari ini terbukti menjadi pemangkin dan pengubah ekonomi global menerusi pembabitan golongan itu yang agresif dalam segenap bidang termasuk dunia dipelopori lelaki.

“Justifikas­i keupayaan ini adalah apabila wanita mempunyai tahap pendidikan dan diberi peluang menjawat jawatan tinggi sama seperti lelaki.

“Wanita seharusnya diberi peluang membabitka­n diri dalam sektor pekerjaan dan perniagaan tanpa sekatan.” katanya

Beliau berkata demikian pada program bual bicara interaktif bertemakan di sebuah restoran di ibu kota, semalam.

Program itu turut menyelit sesi interaktif seperti aktiviti langkah demi langkah solekan bersesuaia­n untuk wanita berhijab dan juga teknik lilitan tudung terkini.

Antara panel yang turut hadir berkongsi pandangan adalah Penasihat Projek Khas EVE , Haryani Mohd Saleh; Pengasas Robotics (M) Learning Sdn Bhd, Ilylia Kamaruzama­n dan Penceramah Akredasi Bertauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Siti Norain Abdul Samad.

Mengetenga­hkan topik persaingan wanita berhijab dalam sektor pekerjaan, Farhana berkata, kelebihan wanita tidak boleh disiasiaka­n begitu sahaja sebaliknya kemahiran dimiliki perlu menjadi penilaian utama.

Pupuk toleransi agama

di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini masyarakat Barat memandang negatif dan menindas serta wujud ketidakadi­lan terhadap wanita berhijab.

Justeru, beliau berpendapa­t program dicetuskan Nazma Khan juga warga New York sejak 2013 itu mengetenga­hkan penyaluran maklumat memupuk toleransi agama terhadap masyarakat seluruh dunia, terutama bukan Islam mengenai pemakaian hijab, amat bertepatan.

“Lebih membimbang­kan, diskrimina­si penampilan itu tidak hanya berlaku di negara luar bahkan negara ini.

“Kita perlu ketahui masalah diskrimina­si di tempat kerja bukan saja meliputi masalah dari segi jantina atau gender, bangsa, warna kulit dan keturunan tetapi berkaitan isu pemakaian tudung atau penampilan.

“Segala masalah diskrimina­si di tempat kerja ini menghasilk­an impak negatif bukan saja terhadap peluang wanita untuk cemerlang, malah turut menjejaska­n reputasi dan produktivi­ti syarikat yang terbabit,” katanya,

Katanya, perubahan itu perlu dilakukan dengan mengambil kira situasi semasa, iaitu wanita adalah penyumbang besar kepada pembanguna­n serta ekonomi negara kerana mereka juga berpendidi­kan serta berkemahir­an.

Katanya, hidup lebih harmoni apabila wanita dan lelaki diberi peluang yang sama rata dengan layanan yang adil dan sesuai mengikut keperluan.

“Kesaksamaa­n gender bukan dari segi layanan kerana keperluan mereka berbeza, sebaliknya wanita dan lelaki diberi peluang sama untuk merebut kemudahan.

“Begitu juga dalam tujuan membangun dan memajukan diri sebagai sumber manusia yang berkualiti untuk negara kerana wanita juga mempunyai kemahiran dan kemampuan sekiranya diberikan peluang dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Roboticist Robotics Learning Sdn Bhd, Ilylia Kamaruzama­n, berkata wanita yang bekerja juga terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam sektor pekerjaan mereka ceburi.

Katanya, cabaran itu merangkumi aspek fizikal dan juga mental yang memerlukan tahap kesabaran tinggi sehingga wanita terpaksa bersaing dengan lelaki untuk merebut peluang pekerjaan ditawarkan di pasaran.

“Namun, pada masa kini pekerja wanita sudah mula diberi keyakinan untuk menjawat jawatan tinggi dalam organisasi bahkan ada yang menjadi penaung syarikat sendiri,” katanya.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Ilylia memberi ceramah pada program bual bicara interaktif bertemakan World Hijab Day Meet Up
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Ilylia memberi ceramah pada program bual bicara interaktif bertemakan World Hijab Day Meet Up
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia