Berita Harian

Doa Rasulullah buat Uthman Ibn Affan

-

Ketika hayat Nabi Muhammad SAW, Saidina Uthman Ibn Affan mempunyai sumbangan yang sangat besar. Keislaman Saidina Uthman Ibn Affan adalah satu nikmat besar buat Islam serta seluruh Muslimin.

Tidak ada seorang Muslim yang menghadapi masalah kecuali Saidina Uthman merungkaik­an masalahnya. Apabila berlaku musibah, tentangan terhadap Islam dan kaum Muslimin, Saidina Uthman tampil mengeluark­an Islam serta kaum muslimin daripada situasi sukar itu.

Menerusi segmen Hayatus Sahabah di IKIMFM, Ustaz Mohd Hazri Hashim al-bindany menyambung kisah mengenai Saidina Uthman Ibn Affan.

Rasulullah SAW pernah berazam menggerakk­an satu angkatan untuk peperangan Tabuk yang berlaku setelah utusan Baginda SAW dibunuh. Menurut undang-undang antarabang­sa, seorang utusan tidak boleh dibunuh.

Maka Baginda SAW telah berazam untuk memerangi Rom. Namun, ketika itu keperluan kepada harta sama dengan keperluan yang mendesak kepada angkatan tentera. Angkatan tentera Rom begitu ramai serta banyak persiapann­ya selain akan berperang di tempat sendiri.

Janji balasan besar

Bagi orang Muslimin, perjalanan sangat jauh dan keperluan mereka sedikit. Haiwan tunggangan terlalu sedikit. Kaum muslimin juga telah melalui musim kering yang menyebabka­n kurangnya bekalan makanan.

Baginda SAW terpaksa menolak beberapa orang yang datang menyatakan hasrat menyertai angkatan tentera kerana mereka tidak mempunyai tunggangan mahupun bekalan makanan untuk dibawa.

Maka kembalilah beberapa orang itu dengan berlinanga­n air mata kerana tidak dapat berjuang bersama Rasulullah SAW.

Ketika keadaan sukar itu, Baginda SAW telah naik ke mimbar dan memuji Allah SWT. Kemudian, seluruh kaum Muslimin berkumpul lantas Baginda SAW menggalakk­an mereka menderma harta pada jalan Allah SWT.

Baginda SAW juga menjanjika­n balasan yang besar oleh Allah SWT. Pada ketika itu, berdirilah Saidina Uthman lantas berkata, “Ya Rasulullah, saya janji untuk berikan 100 ekor unta bersama kelengkapa­n dan pelananya.”

Rasulullah reda

Sesudah Saidina Uthman berkata demikian, Rasulullah SAW turun ke satu anak tangga. Namun, Baginda SAW masih belum berpuas hati sambil menyemarak­kan semangat kepada kaum Muslimin untuk menginfakk­an harta ke jalan Allah SWT.

Saat itu, sekali lagi bangun Saidina Uthman lalu berkata, “Ya Rasulullah, akanku berikan lagi 100 ekor unta dengan kelengkapa­nnya dan pelananya.”

Maka ketika itu, terpancarl­ah seri pada wajah Baginda SAW. Baginda amat gembira dengan apa yang dijanjikan oleh Saidina Uthman. Baginda kemudian turun satu anak tangga lagi dan berhenti sambil menyemarak­kan kaum muslimin untuk berinfak.

Saat Baginda SAW bersungguh­sungguh itu, sekali lagi bangun Saidina Uthman ibn Affan lantas berkata, “Saya berikan lagi 100 ekor unta bersama seluruh kelengkapa­nnya dan pelananya wahai Rasulullah.”

Pada saat itu Rasulullah SAW sangat gembira. Baginda menunjukka­n tangan Baginda ke arah Saidina Uthman. Baginda reda dengan apa yang dilakukan Saidina Uthman lantas berkata, “Uthman, apa juga yang dia buat sesudah ini tidak akan memudaratk­an akhiratnya.” Baginda kemudian mengulangi perkataann­ya itu.

Galakan infak harta

Baginda SAW kemudian turun daripada mimbar dan saat itu juga Saidina Uthman kembali ke rumahnya serta diutuskan kepada Baginda SAW akan unta yang dijanjikan­nya iaitu 300 ekor kesemuanya.

Beliau juga memberikan seribu dinar emas kepada Baginda SAW. Tatkala diletakkan wang dinar itu di ribaan Baginda SAW, maka gembiralah Baginda. Baginda kemudian membolak-balikkan tangan Saidina Uthman sambil berkata, “Moga Allah SWT mengampunk­an engkau wahai Uthman. Apa yang telah engkau sembunyika­n dan apa yang telah engkau zahirkan daripada kesalahanm­u serta daripada kesalahan yang lalu dan yang akan datang.”

Ini di antara kegembiraa­n buat Saidina Uthman ditambah pula dengan kata Baginda SAW, “Keampunan daripada Allah SWT sehingga hari kiamat.”

Itulah doa yang berpanjang­an daripada Rasulullah SAW kepada orang yang menginfakk­an hartanya ke jalan Allah SWT. Semoga kisah Saidina Uthman dapat menjadi pengajaran buat kita pentingnya untuk menginfakk­an sebahagian daripada harta ke jalan Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia