Berita Harian

Penyambung­an hubungan sastera Malaysia-russia

Sarjana bimbang tiada inisiatif untuk latih generasi muda jejas usaha lahirkan pelapis

- Oleh Hafizah Iszahanid

Hubungan sastera moden antara Malaysia dengan Russia mungkin akan berakhir jika tiada inisiatif dibuat untuk melatih generasi muda sebagai pelapis sarjana sedia ada.

Sejarawan dan penterjema­h Russia, Dr Victor A Pogadaev, berkata sehingga kini hanya beliau seorang yang mengkhusus dalam mengkaji dan menterjema­h karya sastera moden Melayu ke bahasa Russia.

“Ketiadaan pelapis akan menamatkan sastera moden antara dua negara yang sudah terjalin sejak 50 tahun lalu.

“Untuk mulakan semula hubungan yang sudah terputus pasti akan sedikit susah dan mengambil masa,” katanya kepada BH di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) di sini.

Hubungan sastera Malaysia dan Russia dirintis oleh Boris Pamikel pada 1963 menerusi kumpulan cerpen Di Tepi Jalan, sebelum disambung oleh Pogadaev, tetapi sehingga kini belum ada tanda kemunculan sarjana dalam kalangan generasi muda untuk meneruskan kesinambun­gan itu.

Pogadaev berkata, hal itu sedikit mengecewak­an meskipun sebenarnya masih ada sarjana Russia yang aktif menterjema­h dan mengkaji sastera Melayu klasik.

“Kalau sastera klasik itu masih ada, misalnya Eugenia Kukushkina dan Liubov Goriaeva.

“Goriaeva misalnya menterjema­h (1989);

(2008);

(2011) serta

(2015),” katanya.

“Ada seorang lagi, iaitu Dr Tatiana Denisova tetapi tumpuan kajiannya lebih kepada agama Islam meskipun beliau mengkaji hikayat lama,” katanya.

Perubahan semasa

Pogadaev berkata, meskipun ketiadaan pelapis mungkin akan menamatkan hubungan sastera moden Malaysia dengan Russia, tindakan menyalahka­n generasi muda adalah tidak tepat kerana banyak perubahan semasa yang memungkink­an keadaan sedemikian.

Beliau berkata, di Russia satu ketika dulu kebanyakan rakyat bertugas dengan kerajaan dengan imbuhan gaji yang lumayan.

“Namun hal itu berbeza kini kerana lebih ramai yang memilih untuk menyertai syarikat swasta kerana gaji ditawarkan lebih tinggi.

Gaji tidak kompetitif

“Hal ini menyebabka­n mereka tidak lagi berminat hendak bekerja dalam bidang ilmu kerana gaji yang tidak kompetitif,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada lagi sarjana dengan kepakaran khusus dalam bidang sastera atau budaya.

“Kenapa mereka tidak minat? Bayangkan ada kes pensyarah dengan kelulusan doktor falsafah hanya dibayar gaji RM400 sebulan, jadi dia perlu buat kerja lain untuk menampung belanja.

“Hal ini menyebabka­n orang tidak minat untuk berada dalam bidang ilmu,” katanya.

Pogadaev yang menuntut di Universiti Malaya (UM) pada dekad 1960-an sebelum mengajar di universiti berkenaan pada 2001 kini masih aktif menterjema­h karya sastera Malaysia ke bahasa Russia meskipun sudah meninggalk­an UM sejak tahun lalu.

Ketika ini, beliau sedang mengusahak­an terjemahan cerpen pengarang Malaysia ke bahasa Russia yang akan diterbitka­n dalam sebuah buku yang turut akan memuatkan karya tiga pengarang Russia yang diterjemah dalam bahasa Melayu.

“Setakat ini saya sudah menterjema­hkan beberapa karya sastera moden Malaysia ke bahasa Russia, antaranya; tulisan Rahimidin Zahari, Anwar Ridhwan, Kemala dan Malim Ghozali Pk.

“Dalam menterjema­h sebenarnya, saya memilih karya yang saya suka dan saya mahu kongsi kesukaan saya itu dengan pembaca Russia,” katanya.

 ??  ?? Victor A Pogadaev, Sejarawan dan penterjema­h Russia
Victor A Pogadaev, Sejarawan dan penterjema­h Russia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia