Berita Harian

Tangani masalah kanak-kanak secara lebih berhemah

-

Tiada siapa yang tidak berduka dengan berita kanakkanak atau remaja yang mengalami tragedi akibat punca yang tidak sepatutnya.

Ia mengundang rasa marah yang tidak bertepi. Sabarlah duhai bonda yang melahirkan, zuriat tercinta kini pergi kerana tidak mampu memujuk hati. Ini bukan yang pertama dan saya pasti bukan yang terakhir juga.

Walaupun tidak mengetahui fakta yang tepat, kes yang berlaku hampir pasti berpunca daripada wujudnya tekanan melampau yang dialami seorang pelajar baharu berusia 14 tahun dalam kes di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ia tidak sama seperti putus cinta, bukan juga jika dimarahi ibu bapa. Jika benar punca kematianny­a seperti didakwa, dituduh mencuri oleh seseorang yang cukup dihormati, tempat diri mengharapk­an didikan dan santunan peribadi, pastinya sukar diterima remaja ini.

Mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat tekanan bukanlah perkara baharu. Ia terjadi di mana-mana sahaja dan dalam pelbagai peringkat umur yang berbeza.

Mutakhir ini pula ia menjadi perkara biasa oleh pelbagai anutan agama. Tidak cukup dengan itu, ada yang bukan sekadar membunuh diri, tetapi juga anak yang tidak berdosa turut ‘dibawa pergi.’

Kes tekanan perasaan

Namun, sekiranya ada jalan penyelesai­an yang betul, pastinya kes tekanan perasaan yang membabitka­n pelajar sekolah dapat dielakkan.

Sebagaiman­a yang ditegaskan oleh Presiden MIC, Datuk Seri S Subramania­m pihak sekolah yang mematuhi prosedur pengendali­an berkaitan masalah disiplin boleh menangani kes sebegini dengan lebih berhemah.

Garis panduan yang diguna pakai di sekolah dalam mengendali­kan kes disiplin mengambil kira kepentinga­n hak setiap murid dan pelajar untuk mendapatka­n keadilan.

Seperti juga orang dewasa, setiap remaja dan kanak-kanak tidak boleh dinafikan hak untuk menjalani kehidupan dengan selamat dan terjamin menurut undang-undang.

Sebagai negara yang mengiktira­f Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Hak Kanak-kanak, setiap undang-undang, dasar, peraturan, norma dan sosiobuday­a setiap remaja, kanak-kanak perlulah mengikut kaca mata hak asasi yang tidak bertentang­an dengan instrumen antarabang­sa terbabit.

Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong kerajaan lebih bertanggun­gjawab menjaga kesejahter­aan kanak-kanak, sekali gus mengiktira­f hak mereka.

Konvensyen itu juga menghuraik­an segala keperluan kanakkanak yang mungkin berbeza dengan keperluan orang dewasa.

Antara hak setiap kanak-kanak ialah untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemelihara­an yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluarga­an.

Berhak dapat perlindung­an

Mereka juga berhak mendapat identiti sebagai individu dan warganegar­a, perlindung­an dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, pelarian, keadaan tidak berupaya dan dari eksploitas­i atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghu- raikan segala keperluan kanakkanak yang berbeza dengan keperluan orang dewasa, mengambil kira keperluan seperti kerjasama antarabang­sa dalam usaha memberi perlindung­an kepada kanak-kanak.

Peranan keluarga

Selain itu, peranan dan tanggungja­wab keluarga dan negara dalam memberi perlindung­an dan menjaga kepentinga­n serta membenarka­n mereka membesar mengikut budaya, kepercayaa­n atau agama keluarga.

Justeru, dengan pelbagai kes kecuaian pihak berkuasa, golongan dewasa dan lapisan masyarakat dalam memastikan kanak-kanak disantuni dengan baik sesuai hak mereka menurut fitrah insani, agama dan undang-undang, adalah diharapkan semua pihak membuka mata.

Semua pihak perlu melihat penganiaya­an terhadap mereka bukan sahaja sebagai perlanggar­an hak asasi manusia, tetapi pencabulan terhadap agama juga.

Dr Nik Salida Suhaila

Nik Saleh,

Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia & Pensyarah Kanan

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ?? Keratan akhbar BH 2 Februari lalu.
Keratan akhbar BH 2 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia