Berita Harian

300 pelarian ke AS ditahan di Mexico

-

Mexico City: Pihak berkuasa Mexico menahan lebih 300 rakyat Amerika Tengah yang dirancang diseludup masuk ke Amerika Syarikat (AS) tanpa air atau makanan.

Pegawai penguat kuasa imigresen Mexico berkata, kumpulan terbesar itu terdiri daripada 198 orang dijumpai bersesak di belakang sebuah trak ditemui di Tamaulipas, terletak di timur laut Texas, AS.

Majoriti kanak-kanak

Dalam satu kenyataan katanya, pendatang dari Guatemala, Honduras dan El Salvador itu ‘melakukan perjalanan dalam keadaan terlebih sesak tanpa pengudaraa­n, makanan dan minuman yang mencukupi.’

Majoriti pendatang adalah kanak-kanak dengan 55 daripadany­a bersama ibu bapa atau saudara mara sementara 24 lain membuat perjalanan berbahaya itu bersendiri­an.

Hanya seminggu lalu, tambahan 174 lagi rakyat Amerika Tengah ditahan dalam operasi di Coahuila dan Tamaulipas, Mexico.

Baru-baru ini, Amnesty Internatio­nal melaporkan, Mexico mengusir ribuan rakyat Amerika Tengah tanpa mengambil kira hak diberi rawatan sebagai pelarian ketika didakwa sebagai perancang jenayah di tanah air sendiri.

Negara yang digelar Segitiga Utara, terdiri daripada El Salvador, Guatemala dan Honduras, adalah bahagian paling ganas di dunia di luar zon perang.

Negara itu juga adalah sumber utama pendatang yang membanjiri AS yang mana Presiden Donald Trump mahu mengetatka­n kawalan ke atas kedua-dua pendatang sah dan tidak sah. AFP

 ??  ?? Majoriti pelarian ditemui bersesak di belakang trak dirancang diseludup ke AS.
Majoriti pelarian ditemui bersesak di belakang trak dirancang diseludup ke AS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia