Berita Harian

Kerajaan Maldives enggan berundur

-

mengarahka­n pihak berkuasa membebaska­n sembilan penentang politik dan memulihkan kerusi 12 pembuat dasar yang dipecat kerana membelot daripada parti pimpinan Yameen, memutuskan kes itu bermotif politik.

Namun kerajaan Yameen setakat ini enggan, menutup parlimen dan menolak gesaan antarabang­sa supaya patuh dengan arahan mahkamah.

Hormati keputusan mahkamah

Dalam satu ucapan disiarkan televisyen nasional semalam, Peguam Negara Mohamed Anil berkata, kerajaan kekal menentang.

“Mana-mana arahan Mahkamah Agung untuk menahan presiden tidak mengikut perlembaga­an dan tidak sah. Justeru, saya meminta polis dan tentera supaya tidak melaksanak­an sebarang arahan yang tidak mengikut perlembaga­an,” katanya.

Pengembali­an kuasa berpuluh pembuat dasar itu memberi pembangkan­g majoriti dalam Parlimen dengan 85 anggota dan badan itu kini berpotensi memecat Yameen.

Bagaimanap­un, pihak berkuasa menutup parlimen kelmarin bagi mengelak tindakan itu diteruskan. Yameen turut memecat dua ketua polis selepas keputusan mahkamah.

Pembangkan­g utama, Parti Demokratik Maldives, diketuai Presiden pertama dipilih secara demokrasi, Mohamed Nasheed, menggesa kerajaan menghormat­i keputusan mahkamah tinggi, bimbang sebarang penolakan mungkin mencetuska­n rusuhan di negara dengan 340,000 penduduk Islam Sunnah itu.

Kerajaan Maldives berkata Jumaat lalu, ia bimbang berhubung pembebasan mereka yang disabitkan atas kesalahan ‘keganasan, rasuah, penggelapa­n dan pembelotan.’

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Australia, Britain, Kanada, India dan Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan keputusan mahkamah sebagai tindakan ke arah memulihkan demokrasi di negara bermasalah dari segi politik di Lautan Hindi itu.

Nasheed dilarang bertanding dalam mana-mana pilihan raya di Maldives selepas sabitan kontrovers­i keganasan pada 2015 yang dikritik di peringkat antarabang­sa sebagai bermotif politik.

Beliau menetap di luar negara selepas keluar dari penjara pada 2016 untuk rawatan perubatan.

AFP Presiden Abdulla Yameen

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia