Berita Harian

Thurman mangsa serangan seksual

-

Los Angeles: Aktres Uma Thurman yang dikaitkan dengan studio Miramax milik bekas penerbit, Harvey Weinstein, mendedahka­n pernah diserang secara seksual jutawan Hollywood itu di sebuah hotel di London selepas terbabit dalam filem hit, Pulp Fiction.

Thurman, 47, memberitah­u akhbar dalam temuramah diterbitka­n kelmarin, dua insiden itu berlaku di Savoy Hotel, London pada 1994 selepas filem berkenaan diterbitka­n.

Ia kemudian diikuti insiden di Paris di mana Thurman berkata, Weinstein memakai jubah mandi membawanya ke bilik wap ketika satu pertemuan mengenai skrip.

“Dalam serangan pertama di suite Weinstein di Savoy Hotel, London, dia menolak saya dan memaksa saya melakukan perkara tidak senonoh,” katanya.

Thurman kemudian berkata, beliau kemudian membawa seorang rakan untuk bersemuka Weinstein tidak lama selepas itu, namun pembantuny­a memaksanya berjumpa sendirian.

Pelakon itu kemudian memberi kata dua kepada Weinstein: “Jika anda melakukan perkara sama seperti yang anda lakukan terhadap saya kepada orang lain, anda akan hilang kerjaya, reputasi dan keluarga. Saya janji.”

Gangguan seksual

Berpuluh wanita Hollywood termasuk Ashley Judd, Gwyneth Paltrow, Kate Beckinsale dan Salma Hayek, menuduh Weinstein menyerang mereka daripada gangguan seksual sehinggala­h rogol.

Skandal itu turut memperluas dakwaan ke atas lelaki berkuasa dalam bidang hiburan, politik dan media, memaksa kebanyakan industri memeriksa semula dasar di tempat kerja.

Thurman menjadi selebriti terbaharu selepas 70 wanita menuduh Weinstein, 65, melakukan salah laku seksual termasuk rogol.

Peguam Weinstein, Ben Brafman berkata kelmarin, penerbit itu sudah memohon maaf kepada Thurman kerana perbuatan tidak senonohnya 25 tahun lalu, dan dakwaan bahawa beliau diserang secara seksual adalah tidak benar.

Brafman berkata, kenyataan Thurman kepada Times akan dikaji dengan teliti dan disiasat sebelum memutuskan jika sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadapny­a.

Selain membintang­i ‘Pulp Fiction’ diarahkan Quentin Tarantino, Thurman turut menjadi pelakon utama filem aksi ‘Kill Bill’ dengan kutipan pecah panggung mencecah lebih AS$330 juta (RM1.2 bilion).

REUTERS

 ??  ?? Harvey Weinstein
Harvey Weinstein

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia