Berita Harian

City kurang pemain simpanan

-

Burnley: Pep Guardiola mempertaha­n keputusann­ya untuk menyenarai hanya enam pemain gantian ketika Manchester City terikat 1-1 dengan Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Guardiola mendakwa, beliau tidak mempunyai pemain yang cukup untuk mengisi bangku simpananny­a, sekali pun mempunyai skuad termahal di EPL.

Guardiola berkunjung ke Turf Moor tanpa tujuh pemain dan lantang mengkritik pengadil kerana dikatakan tidak melakukan kerja yang sepatutnya dalam menjaga pemain.

Selain itu, Guardiola turut mengatakan jadual perlawanan skuad utama yang berlangsun­g pada sebelah petang turut menjadi punca mengapa dia tidak dapat membariska­n beberapa pemain mudanya.

Gudmundsso­n hukum City

Keputusan Guardiola itu begitupun mencetus rasa jelek, terutama daripada pengkritik antaranya bekas pemain Manchester United, Gary Neville yang menggambar­kan ia sebagai ‘jenaka.’

Tanpa beberapa pemain utama seperti David Silva, Leroy Sane dan Gabriel Jesus, City berada di landasan untuk meraih kemenangan apabila mendahului menerusi Danilo pada minit ke-22.

Begitupun, City melepaskan deretan peluang pada babak kedua dan paling buruk menerusi penyerang England, Raheem Sterling sebelum dia digantikan dua minit kemudian.

Kesilapan itu kemudian dihukum selepas minit ke-82 apabila Johann Berg Gudmundsso­n melepaskan rembatan voley menarik untuk menyamakan kedudukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia